Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #5 : JAGA ADAB KETIKA BERGURAU

KEHIDUPAN zaman ini memaksa manusia mengejar masa serta menyelinap segenap ruang yang ada bagi memenuhi tuntutan rohani dan material menyebabkan kurangnya waktu diperuntukkan untuk bersantai menjalin hubungan silaturahim sesama sendiri.
Usahkan dengan jiran tetangga, malah ahli keluarga sendiri pun ada kalanya payah untuk bergurau senda. Ada kala lucu pula apabila mengingatkan betapa pergerakan manusia hari ini terbatas oleh tuntutan tanggungjawab melampaui masa yang ada.
Justeru, ramai yang memaksimumkan manfaat hubungan maya untuk melanjutkan komunikasi dan bertanya khabar. Malah, ada ibu bapa yang hanya sempat bertegur sapa dengan anak di laman sosial saja.
Penulis tidak bermaksud melanjutkan bicara mengenai komunikasi era ini, tetapi naluri manusia memerlukan gurau senda untuk mengeratkan hubungan baik dan merapatkan silaturahim. Bukan saja mengelakkan kesunyian, gurau senda juga memudahkan komunikasi, membuatkan bicara tidak formal.
Walaupun gurau senda membantu menguatkan kasih sayang, ia juga boleh meranapkan silaturahim jika gurau senda menyebabkan ada pihak berkecil hati. Ada antara kita bergurau tanpa menyedari ada hati terluka.
Sebab itu banyak contoh ditonjolkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat mengenai gurau senda yang membuatkan orang ketawa dan berkisar kepada perkara yang benar. Rasulullah SAW tidak mencipta kisah lucu yang sia-sia semata-mata untuk membuatkan orang ketawa kerana Baginda takut ketawa menyebabkan umat Islam lalai daripada mengingati Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi)
Jangan berlebihan dalam bergurau senda sehingga menyebabkan ada orang terasa dirinya diaibkan atau dijadikan misalan sehingga memalukan dirinya. Sebaliknya, gurau senda dijadikan salah satu cara menghiburkan hati yang lara atau menyenangkan orang berduka.
Tetapi perlu diingat, gurau senda itu mestilah berkenaan perkara yang benar. Gurauan boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala atau dosa.
Contohnya, jika gurauan boleh menyenangkan hati, mengeratkan silaturahim dan perpaduan serta kasih sayang, maka gurauan itu menjadi perbuatan baik yang diganjarkan dengan pahala dari Allah SWT.
Sebaliknya jika gurauan menjadi alasan untuk menyakitkan hati seseorang, ia sudah tentu menjadi perbuatan yang dikutuk Allah SWT. Jangan pula tabiat bergurau senda untuk menyakitkan hati orang lain menjadi kebiasaan menyebabkan seseorang itu tiada rasa bersalah mengutuk atau menghina.

Contoh paling baik ialah gurauan Rasulullah SAW kerana Baginda masih mengekalkan had dan batasan antara lelaki dan wanita serta menyelitkan unsur nasihat bertujuan mengingatkan manusia kepada Allah.
Sudah tentulah gurau senda tetap tidak mengizinkan perlakuan tidak manis antara lelaki dan wanita, seperti menyebut perkataan memalukan mana-mana pihak, menghina atau meniru suara atau kata-kata orang lain dengan niat merendah-rendahkan atas faktor perbezaan jantina.
Antara senda gurauan Rasulullah SAW seperti diceritakan al-Hasan, seorang perempuan tua datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah SWT supaya aku dapat masuk syurga. Maka Rasulullah SAW bersabda: Wahai ibu pulan! Sesungguhnya orang tua tidak boleh masuk syurga. Lalu menangislah si perempuan tua itu. Dengan segera Rasulullah SAW bersabda: Khabarkan kepada perempuan itu sesungguhnya dia tidak akan masuk syurga dalam keadaan dia tua.”
Lalu dibacakan firman Allah SWT yang maksudnya: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri mereka dengan ciptaan istimewa serta Kami jadikan mereka sentiasa dara, yang tetap menjadi jodohnya serta sebaya umurnya.”

Sumber:  SiNi 

Yang Terkorban & Yang Berkorban ....

Tahun nie aku sekali lagi menyambut Aidil Adha di Gombak Setia .... Sian BigBoss nak balik tapi dah janji nak jadi petugas ... Dengan ikhlas hati berkorban ... Aktiviti korban penduduk Gombak Setia dijalankan di Dewan Persatuan Kebajikan Gombak Setia ... Meriah jer ... Sebanyak 15 ekor lembu telah terkorban ... Alhamdulillah sempurna dah kelmarin ...

BigBoss masuk bertugas ...

Alhamdulillah ...

Menunggu saat & ketika nyer ...

Siat kulit kaki ... Hati2 tau ...

Jumpa jiran ... Sesi ramah mesra ...

Apelah yang dibincangkan dek bebudak nie ... ??

Putra kepanasan ...

Fatiha, Abang Long & Abang Ngah ...

Posing jer keje budak nie ...

Fatiha lagi ....

Atuk & The Gang ...

Ape nih ??

Sekian itu jer ler ... Aku tak de ler berlama-lama di situ ... 
Putra tak berapa sihat & cuaca panas kurang sesuai ...
Apa2 pun Alhamdulillah selesai semua nyer ...
Yang Terkorban & Yang Berkorban ....

"Jom balik Jengka ... " BigBoss ajak balik jugak ke Jengka 17 ... 
Sepantas kilat aku mengemas ... Sekejap jer balik sana, malam lepas Maghrib dah balik sini balik ... Takpelah janji balik dapat jengok Mak ... Dapat jumpa adik-beradik ...






Salam Aidil Adha 2013 ...

Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas ... Buat kawan2 semua ...harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ...
   

Saat berderai jatuh Titisan air mata suci IBRAHIM Melihatkan keteguhan iman Anaknya ISMAIL Dikala itulah bermula Sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...
 _____________________________________________________

 Sedikit informasi ... Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah. Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1] Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan. Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.