Search This Blog

Gantung Sampai Mati ...


[SH] SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Seadanya ...

Jumpa kat blog kengkawan ... Sangat menarik ...
Ditujukan khas untuk orang2 yang berkenaan ...

****************

Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja…. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar KEPERLUANmu… Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milikorang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL…

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

**************

Kita hanya manusia biasa yang x sempurna ...

Sumber : SINI

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bengkel Membaiki Kenderaan ...

Iklan ...
Sesaje, tolong menambah pendapatan keluarga ...

********************

Sesiapa pengguna kereta yang tinggal berdekatan sri rampai (sekitar Kuala Lumpur @ Selangor), sila datang untuk service serta baikpulih kereta anda dengan harga berpatutan. Semua kereta boleh diservis atau dibaikpulih terutama kereta berjenama BMW.Mempunyai pengalaman bekerja membaiki BMW selama 16 tahun.

Sokongan orang-orang kita untuk peniaga-peniaga kita, Insya'Allah semua berjaya.

Hubungi : 
Dan - 0193001340,
Razlan - 0173892844

Terima Kasih ...
Rajin2 ler call "org tu" kalau ada masalah ...

Published with Blogger-droid v2.0.10