Search This Blog

Faedah Susu Ibu ...

Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu  sejak bayi dilahirkan lagi. Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah  ayat 233 yang bermaksud;

"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan  anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding  susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu. Walaupun kajian demi kajian  dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu  sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu.

Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi  semenjak dilahirkan lagi. Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu  ibu juga bermula.

SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali  sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta  sel darah putih yang tinggi.
Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang  tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran.

Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu  mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan  tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik  berbanding susu buatan.

Faedah Penyusuan Bayi

01.Kita sering melihat bayi kecil  menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya  telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan  masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat  menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.

02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril  secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun  diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.

03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan  sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang  meminum susu lembu.

04.Mencegah dari penyakit rabun malam.

05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.

06.Menggelakkan penyakit taun.

07.Menggelakkan jangkitan telinga.

08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid  Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.

Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda  semua, mudah-mudahan ilmu yang sikit ini mendapat berkat dan sebarkan  demi kebaikan bayi-bayi kita.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

FAEDAH PENYIMPANAN SEL STEM DARAH TALI PUSAT BAYI ...


Apakah faedah penyimpanan sel stem darah tali pusat bayi?
Sel stem adalah sel-sel yang tidak matang yang boleh dirangsang, membiak dan berkembang menjadi sel-sel organ yang lain dalam badan manusia seperti hati, kulit, sel darah merah dan lain-lain. Hanya sesetengah sel stem lebih cenderung berkembang kepada lebih banyak jenis dan specifik sel daripada yang lain.
Sel stem darah tali pusat merupakan salah satu jenis yang paling cenderung dan potensi dalam sel badan untuk berkembang kepada lebih banyak jenis sel-sel organ lain. Ini disebabkan sel stem darah tali pusat merupakan sel yang mula berkembang pada fasa awal perkembangan bayi dan potensi diberi rangsangan yang betul untuk berkembang menjadi sel-sel yang lebih specifik seperti sel-sel darah merah atau putih.
Apakah tabung darah dan penyimpanan sel stem darah tali pusat?
Kekayaan sumber sel stem di tali pusat telah mendorong syarikat swasta untuk menawarkan tabung darah tali pusat untuk penyimpanan sejuk beku untuk sel stem darah tali pusat yang dikutip ketika bayi dilahirkan. Penyimpanan sel stem akan memelihara darah tali pusat bayi anda dengan membekukan sel-sel dalam nitrogen cecair. Ini membolehkan anda untuk memelihara sel stem sehingga 10 tahun dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa pada masa akan datang sekiranya anda memerlukan sel stem  ini untuk rawatan.
Mengapakah anda digalakkan menyimpan sel stem darah tali pusat bayi anda?
Potensi faedah penyimpanan sel stem darah tali pusat bayi anda adalah sel-sel segera tersedia , genetik yang serupa dan boleh mengelakkan potensi risiko penolakan pemindahan sumsum tulang dan jangkitan. Ini disebabkan penderma sumsum tulang yang sesuai dan sepadan adalah sukar untuk dicari.
Transplantasi sel stem boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit seperti berikut:
Penyakit darah seperti leukemia, lymphoma
Penyakit darah yang diwarisi seperti thalassemia dan anemia sel sabit
Penyakit keimunanPenyakit jantungKecederaan saraf tunjangPenyakit AlzheimerPenyakit ParkinsonKencing manisMerawat sel sum-sum tulang yang rosak
Mengantikan sel luka terbakar

Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?
Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-duanya boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah.
Kebaikan sel stem berbanding dengan sumsum tulang ialah:
Darah tali pusat bayi senang dikumpulkan.
Proses pengumpulan darah tali pusat tidak bahaya, tidak menyakitkan dan tiada risiko terhadap ibu atau bayi.
sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima oleh badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah. Ini disebabkan oleh sel imun di dalamnya adalah tidak matang.
Sel stem yang sepadan juga berpotensi digunakan untuk adik-beradik yang memerlukannya.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Menghitung Hari Lalu Tergelincir ...



Masih menghitung hari lagi nie ... Walaupun dah pernah melalui nyer beberapa kali, tapi setiap pengalaman itu tak sama dan tak akan sama ... So, bila kandungan dah nak masuk 38 minggu,  aku mula mencari-cari bila rasa sakit bersalin tu akan datang ... Makin lama, makin hari ... aku jadi confuse pun ada ... Kadang-kadang ia nyer mengganggu lena aku waktu malam ... Tekanan darah pun naik ... Haisshh ... Bila lah agak nyer ...

Dalam pada letih menunggu dan menanti tu, kehidupan diteruskan seperti biasa ... Lewat petang semalam, aku nak ke umah depan umah aku nih ... Umah Mak n Ayah aku ler ... Dalam aku berhati-hati kadang-kadang terkena jugak ... Gedebuk ... Aduh,  sakit nyer ... Tergelincir skit kat tangga umah aku nih lalu jatuh terduduk ... Keadaan agak licin coz baru lepas hujan ... Alhamdulillah, sebaik takde ape-ape yang buruk berlaku ...
Haisshh ... Bila lah agak nyer ... Perut cam dah besar sangat rase nyer ...

Published with Blogger-droid v2.0.10