Search This Blog

FAEDAH PENYIMPANAN SEL STEM DARAH TALI PUSAT BAYI ...


Apakah faedah penyimpanan sel stem darah tali pusat bayi?
Sel stem adalah sel-sel yang tidak matang yang boleh dirangsang, membiak dan berkembang menjadi sel-sel organ yang lain dalam badan manusia seperti hati, kulit, sel darah merah dan lain-lain. Hanya sesetengah sel stem lebih cenderung berkembang kepada lebih banyak jenis dan specifik sel daripada yang lain.
Sel stem darah tali pusat merupakan salah satu jenis yang paling cenderung dan potensi dalam sel badan untuk berkembang kepada lebih banyak jenis sel-sel organ lain. Ini disebabkan sel stem darah tali pusat merupakan sel yang mula berkembang pada fasa awal perkembangan bayi dan potensi diberi rangsangan yang betul untuk berkembang menjadi sel-sel yang lebih specifik seperti sel-sel darah merah atau putih.
Apakah tabung darah dan penyimpanan sel stem darah tali pusat?
Kekayaan sumber sel stem di tali pusat telah mendorong syarikat swasta untuk menawarkan tabung darah tali pusat untuk penyimpanan sejuk beku untuk sel stem darah tali pusat yang dikutip ketika bayi dilahirkan. Penyimpanan sel stem akan memelihara darah tali pusat bayi anda dengan membekukan sel-sel dalam nitrogen cecair. Ini membolehkan anda untuk memelihara sel stem sehingga 10 tahun dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa pada masa akan datang sekiranya anda memerlukan sel stem  ini untuk rawatan.
Mengapakah anda digalakkan menyimpan sel stem darah tali pusat bayi anda?
Potensi faedah penyimpanan sel stem darah tali pusat bayi anda adalah sel-sel segera tersedia , genetik yang serupa dan boleh mengelakkan potensi risiko penolakan pemindahan sumsum tulang dan jangkitan. Ini disebabkan penderma sumsum tulang yang sesuai dan sepadan adalah sukar untuk dicari.
Transplantasi sel stem boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit seperti berikut:
Penyakit darah seperti leukemia, lymphoma
Penyakit darah yang diwarisi seperti thalassemia dan anemia sel sabit
Penyakit keimunanPenyakit jantungKecederaan saraf tunjangPenyakit AlzheimerPenyakit ParkinsonKencing manisMerawat sel sum-sum tulang yang rosak
Mengantikan sel luka terbakar

Adakah darah tali pusat satu-satu sumber sel stem?
Tidak. Sel stem yang sama juga boleh didapati pada sum-sum tulang. Kedua-duanya boleh digunakan untuk merawat penyakit berkait dengan darah.
Kebaikan sel stem berbanding dengan sumsum tulang ialah:
Darah tali pusat bayi senang dikumpulkan.
Proses pengumpulan darah tali pusat tidak bahaya, tidak menyakitkan dan tiada risiko terhadap ibu atau bayi.
sel stem darah tali pusat lebih mudah diterima oleh badan dan mempunyai risiko penolakan yang rendah. Ini disebabkan oleh sel imun di dalamnya adalah tidak matang.
Sel stem yang sepadan juga berpotensi digunakan untuk adik-beradik yang memerlukannya.
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

  1. dulu ingat nak buat tapi harga dia boleh tahan gak yerk.. chayanunalif memang ramai yang buatkam...

    ReplyDelete