Untuk panduan/peringatan buat diri sendiri ...
*************************
Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang
mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk
diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah
dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah
dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah
dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.
Allah, segala pujian hanya untukMu. Tidak puas memuji Dia. Syukur
tidak terhingga. Alhamdulillah ya Allah. Andai aku antara orang yang
telah dipilihNya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini.
Pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah. Pujian hanya untukNya
lagi, Tuhan Yang Maha Hebat. Melihat insan-insan sekeliling yang telah
diketuk hatinya dengan hidayahMu. Allah..Allah..Allah.. Andai dulu dia
seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain.
andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi
gelisah jika terlewat melakukan solat. Andai dulu dia merempit, sekarang
dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid..
Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayahNya.. Hanya dengan setitis
hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza... *sebak*
Tunjukkanlah
kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan
nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan
jalan orang-orang yang sesat.
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).
Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah.
Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan.
Carilah hidayah Allah itu..
Benar, hidayah itu milik Allah, namun sebagai hamba kita tidak boleh
hanya dengan menunggu hidayah itu datang. Usaha mencari hidayah itu
perlu dilakukan!
Bagi yang telah diberi pertunjuk olehNya untuk berubah, teruskan
istiQomah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Pahit dalam perjalanan
adalah lumrah kerana mahar untuk ke syurga bukannya murah, ia perlukan
mujahadah! dan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah :) moga kita
diberi tempat disana nanti, Ameen..
Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin
salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan
sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda.
Allah sentiasa bersama :)
Insan sekeliling, ibubapa, saudara mara, sahabat handai.. Andai ada
insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah
sokongan. Jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan
mereka. Andai hati anda masih belum disentuh, berdoalah, letakkan
sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayahNya.
Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak, insyaAllah
berubahlah sikit-sikit, dari sikit itulah ianya akan menjadi banyak.
Mulalah dengan meninggalkan segala yang dilarang, melakukan segala yang
dikehendaki, mendirikan solat lima waktu, bersedekah, membuat baik
kepada yang muslim dan bukan muslim, menyibukkan diri dengan
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan sering menghadiri majlis ilmu
serta terus memohon doa kepada Allah agar diberikan hidayah, berdoa dan
terus berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menepis segala
hasutan syaitan dan godaannya.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka "
QS 13:11
Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari hidayahNya, moga Allah merahmati kita semua, Ameen ya Rabb.
Wallahua'lam.