Search This Blog

Petua Menasihati Anak Yang Degil

 Untuk panduan diri sendiri ...

*************************
 
Setiap ibubapa akan merasa sedih, risau, cemas dan berbagai lagi apabila mendapati anak tidak mendengar nasihat, degil malah melawan cakap-cakap atau nasihat yang kita berikan. Lebih sedih dan risau kalau mereka memberontak. Terutama anak-anak remaja. Mereka boleh melakukan apa saja tanpa berfikir panjang saperti lari dari rumah, melakukan jenayah, malah boleh membunuh.



Justeru pendidikan awal patut diperkemaskan terutama didikan agama. Agama bukan sekadar hantar mereka mengaji quraan atau iqra' sahaja. Didikan sedari awal akhlak (tasauf) dan adab juga penting selain tauhid dan feqah.

Jadi bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil?

Jawapan yang mahu nyatakan di sini bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami.

Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W dan bacalah surah Al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.

Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya? Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan? Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.

[Sumber]

Check Up Minggu 29 ...

Pagi semalam kebetulan BigBoss cuti so aku ke klinik untuk membuat pemeriksaan bulanan .... Biasa nyer kami pergi malam dan orang punye lah ramai ... Ada kebimbangan ... Doktor kate air ketuban aku banyak ... Doktor terus buat surat refer ke Hospital, kebetulan pulak dah nak masuk 7bulan, kena ler booking tempat kat hospital tu ... Aku n Big Boss risau nyer lah ... So, bila balik tu aku pun buat ler research skit ...

******************
Masalah2 Yang Timbul :-
  1. Kedudukan bayi tidak stabil, bayi akan selalu bertukar posisi seperti songsang, melintang dan kepala di bawah.
  2. Kandungan nampak terlalu besar dan berat dan kesannya pada tulang belakang amat ketara, membuatkan ibu merasa amat tidak selesa pada penghujung kehamilan.
  3. Risiko pramatang tinggi kerana proses kelahiran boleh berlaku lebih awal.
  4. Risiko pembedahan caesarean adalah tinggi kerana kedudukan bayi yang tidak tetap dan tali pusat bayi terjulur keluar sebelum bayi dilahirkan.
  5. Bayi yang mempunyai kecacatan (polihidramnios). Ini boleh dikesan dengan ultrasound.
  6. Ibu kencing manis juga menyebabkan air ketuban banyak.
******************

Nauzubillah, minta dijauhkan dari segala yang buruk-buruk ...
 Hari Jumaat nih kena ke Hospital semula untuk buat Ujian Gula ... Harap-harap baby xde ape-ape ... Coz berdasarkan ujian ultrasound yang dijalankan nampak nyer baby ok ...

Pembantu Rumah Indonesia Dera Bayi Dipenjara 20 tahun.

 http://news.abnxcess.com/bm/wp-content/uploads/2013/02/amah.jpg

Harap-harap kes ini menjadi pengajaran kepada semua ...


****************************
Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.
    
Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.
    
"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.
    
Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.
    
Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.
    
Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
    
Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
    
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.
    
Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.
    
Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di Kuantan terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.
    
Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.
    
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.
    
Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".
    
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.
*******************
Ikuti kisah nyer di sini :

Pembantu Rumah Hilang Akal Dera Bayi 4 Bulan