Search This Blog

Petua Menasihati Anak Yang Degil

 Untuk panduan diri sendiri ...

*************************
 
Setiap ibubapa akan merasa sedih, risau, cemas dan berbagai lagi apabila mendapati anak tidak mendengar nasihat, degil malah melawan cakap-cakap atau nasihat yang kita berikan. Lebih sedih dan risau kalau mereka memberontak. Terutama anak-anak remaja. Mereka boleh melakukan apa saja tanpa berfikir panjang saperti lari dari rumah, melakukan jenayah, malah boleh membunuh.



Justeru pendidikan awal patut diperkemaskan terutama didikan agama. Agama bukan sekadar hantar mereka mengaji quraan atau iqra' sahaja. Didikan sedari awal akhlak (tasauf) dan adab juga penting selain tauhid dan feqah.

Jadi bagaimana mahu menasihati anak agar tidak degil?

Jawapan yang mahu nyatakan di sini bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami.

Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya di waktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

Semasa ibu jari di atas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad S.A.W dan bacalah surah Al Fatihah. Kemudian terus dengan berzikir di dalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir di dalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.

Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya? Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”.

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan? Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat.

[Sumber]

No comments:

Post a Comment