Search This Blog

HIJAB


Tidak berhijab dan mempamerkan perhiasan akan mengundang fitnah bagi lelaki. Seorang wanita apabila mempamerkan bentuk tubuh dan perhiasannya di hadapan lelaki bukan mahram, jelas akan mengundang perhatian kaum lelaki yang berhidung belang dan serigala berbulu domba. Jika ada kesempatan mereka pasti akan mencari mangsa dengan ganas laksana singa sedang kelaparan.

Seorang penyair berkata: "Berawal dari pandangan lalu senyuman kemudian salam disusul pembicaraan lalu berakhir dengan janji dan pertemuan."

Sesungguhnya Allah memerintahkan hijab untuk menghilangkan pelbagai macam fitnah (kerosakan). Jika pelbagai macam fitnah redup dan lenyap, maka masyarakat yang dihuni oleh kaum wanita berhijab akan lebih aman dan selamat dari fitnah.
Sebaliknya, masyarakat yang dihuni oleh wanita yang gemar bertabarruj (berdandan secara berlebihan), dedah aurat dan keindahan tubuh, sangatlah mudah terjebak dengan ancaman pelbagai fitnah dan gangguan seksual serta nafsu syahwat yang membawa malapetaka dan kehancuran yang sangat besar.
Jasad yang menampakkan bentuk tubuh badan akan jelas memancing perhatian dan pandangan kaum lelaki. Itulah tahap pertama bagi penghancuran dan kerosakan moral dan peradaban sebuah masyarakat.
"Sungguh akan merasakan manisnya Iman, seseorang yang telah rela Allah sebagai Rabb, Islam sebagai agama, dan Muhammad sebagai Rasul utusan Allah."(HR Muslim) "Setiap umatku (yang bersalah) akan dimaafkan, kecuali orang yang secara terang-terangan (berbuat maksiat)."(Hr.Bukhari)

Sementara wanita yang mendedahkan aurat dan keindahan tubuh sama ertinya dia telah berani menampakkan kemaksiatan secara terang-terangan. Jangan menelanjangi diri dengan berpakaian ketat atau sempit. Bagaimana kita menyayangi orang lain sedangkan diri sendiri tidak mampu kita sayangi.
 
Sudahkah anda berhijab?
Kebenaran hanya milik Allah.

Sumber :- iluvislam.com

Published with Blogger-droid v2.0.9

Legasi Pejuang

http://www.alaf21.com.my/sinopsis/images/buku/legasi-pejuang.gif 
Ari tu aku ade cite pasal aku beli novel nih ... Popular Wangsa Walk ...  
Novel kat atas nih plak BIG BOSS aku yang rembat ...
Aku pun layan jelah selagi ada bahan bacaan ...
___________________________________

Sinopsis
MUAZ bekerja sambilan sebagai despatch di Kuala Lumpur. Hari itu, dia menghantar bungkusan ke sebuah bank. Malangnya, sebaik sahaja dia tiba di bank, sekumpulan perompak meluru masuk.

Kesemua perompak mati ditembak polis kecuali ketua mereka. Muaz dijadikan tebusan. Dia dibawa ke sebuah tempat di Timur Tengah sebagai jaminan keselamatan.

Tiga tahun kemudian… Dari perang saudara di Somalia, konflik di Bosnia-Herzegovina hinggalah kepada peristiwa kebangkitan rakyat Palestin menentang kezaliman rejim Zionis, dia ada di situ membela mereka yang lemah. Bermulalah riwayat hidupnya yang baru.

Dia menjadi pejuang anti-Zionis selepas jatuh cinta dengan gerakan itu. Kerana kehebatannya menjadi mastermind pelan serangan, dia menjadi individu paling dikehendaki oleh agensi perisikan Israel, Mossad dan Amerika Syarikat, CIA. Mengapa dia sanggup menggadaikan nyawa? Mampukah dia bertahan...
 
Mari ler membaca ...
 
Sumber : Alaf21
 p/s :- Isshhh ... Banyak plak novel yang masuk list HARUS dibeli ...

Majlis Pertunangan Najwa & Luqman ...

Ahad lepas telah berlansung majlis pertunangan anak sedara aku belah BIG BOSS aku ler ...
Antara Luqman & Najwa ...
Alhamdulillah selesai semua nyer ...
 






Jemput makan ...

Semoga semua nyer selamat ...
Semoga dipermudahkan segala urusan ...