Search This Blog

Adik dah 3 tahun ....

Selamat Hari Lahir Fatiha ...


Selamat Hari Lahir Adik ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Adik dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil .... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Donut Mak Long sponsor ...


Makin nakal ...

Masa dolu2 ...

Suka nangis sampai sekarang ...

Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia & akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh & solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin

BAHAGIA ITU ANUGERAH...DERITA ITU TARBIYAH...

Dalam kita melangkah,kekadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis..Peritnya terasa,tetapi ketahuilah dan renungkan kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata yang hadir tika itu kerana Allah mahu kita menjahit semula sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar daripada keikhlasan..Alihkan mata ke laut..Airnya cantik membiru dan penuh ketenangan..Tetapi hanya Allah saja yang tahu rahsia didalamnya..Begitulah dengan kehidupan manusia..Riang ketawa..Tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya..

Bila kita rasa kecewa..pandanglah ke sungai..Airnya tetap mengalir..Biarpun berjuta batu menghalang..bila kita rasa sedih..Pandanglah ke langit..Kita akan sedar bahawa..Allah sentiasa bersama kita..Biar kepahitan itu pergi,agar kemanisan mengisi..Biarkan kekecewaan berlalu,agar kegembiraan mewarnai..Biarkan kegelisahan lenyap,agar kita kuat semangat..Biarkan penderitaan itu menyapa,agar kekuatan kita jana semula..

Biarkan diri derita,agar ku tahu kepahitan derita ini,agar ku sedar kesengsaraan ini,tak semua bahkan secebis daripada penderitaan Rasulullah..Allah sesekali tidak menzalimi hamba-Nya..Tapi,manusia sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri..Jangan berasa terlalu sedih di atas sesuatu kesedihan yang melanda..Kerana mungkin Allah merindui rintihan suara hamba-Nya..