Search This Blog

KAKI KU LEBIH BERSIH DARI MUKA MU

Ini mungkin cerita rekaan yang saya terima dari seorang sahabat rakan blogger.Tetapi sangat baik untuk di jadikan teladan.Kisah berlaku dalam sebuah pesawat yang sedang menuju ke Kuala Lumpur.Kebanyakkan dari penumpang pesawat tersebut ialah mereka yang sedang perjalanan pulang ke tanah air selepas mengerjakan umrah.
Dalam pesawat tersebut berlaku satu peristiwa di mana seorang pramugari ternampak seorang pak cik sedang membasuh kakinya di sinki di dalam tandas yang kebetulan lupa di tutup.

Pramugari: Pak cik tolong jangan basuh kaki dalam sinki.Sinki untuk basuh tangan dan muka, bukan untuk basuh kaki yang kotor tu.Bersopan lah sikit pak cik!

Pak cik: Baik puan, maafkan pak cik.Tapi boleh pak cik tanya sikit?

Pramugari: Apa dia?

Pak cik: Puan, dalam sehari berapa kali puan basuh muka puan?

Pramugari: Saya basuh muka tiap tiap hari sekali selepas bertugas sebelum tidur.

Pak Cik: “Make Up” yang puan pakai di muka puan jenama apa?

Pramugari: (Dengan bangga) Kami pramugari semua pakai jenis jenama yang terkenal dari Peranchis.

Pak Cik : Puan, kalau begitu kaki pak cik ni lebih bersih dari muka puan.

Pramugari: Eh! pak cik jangan merepek!

Pak cik: Pak cik tak merepek tetapi ini kenyataan.Pak cik cuci kaki sekurang kurang nya 5 kali sehari sebelum solat.Sedangkan puan cuci muka hanya sekali sehari.Jadi di antara kaki pak cik dengan muka puan yang mana lebih bersih? Lagi pun puan guna “make up” jenis yang tak suci lagi tak halal ertinya bernajis.Maka memang layak muka puan yang bernajis tu di basuh guna mangkuk tandas ini aje.

Pramugari: Tak terkata, malu,geram, lalu beredar.

Apa kah iktibar dari kisah ini? Saya serahkan kepada pembaca untuk menilai nya.

Wallhu’alam.

Halal ker air nih ?? ....2

Dulu aku pernah wat entry pasal air nih ... Ramai lak yg kate halal ... So, baru2 nih ada lak yang kate "tak halal" ... Kira-kira hot balik lah cite pasal air nih ... Walaupun dalam paper tak kuar pasal brand ape ... Tapi mungkin ramai yang dah dapat agak ...

_____________________________________________________________________________
Kes 'minuman Arab' dilaporkan mengandungi alkohol lebih daripada 0.05 peratus dan difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dibongkar akhbar Harian Metrio, kini sudah diketahui umum.

Hukum Syarak hanya membenarkan kurang 0.01 peratus alkohol di dalam makanan dan minuman.

Minuman berkarbonat, pada awalnya dianggap 'bir halal' itu sebelum ini dijual secara terbuka di pasar malam dan restoran terutama di restoran menjual Nasi Arab dengan harga RM3 sebotol.

Saya yakin ramai umat Islam telah menikmati minuman botol pelbagai perisa dipercayai berjenama Barbican itu tanpa perasaan ragu berhubung status halal-haram minuman terbabit.

Mengapa?

Kerana pada hemat saya, majoriti beranggapan, minuman diminum warga Arab berjubah, halal.

Untuk rekod, antara perisa minuman terbabit, Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach dan Malt.


Berikut Sijil Halal, produk terbabit dikeluarkan Islamic Food Research Center, IFRC, Malaysia And Asian Region.



Sijil dikeluarkan syarikat sama didapati masih lagi diigunakan pemilik menjual produk makanan secara berleluasa di negara kita.

Saya difahamkan, HANYA Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM sahaja diperakui di Malaysia.

Akhbar Kosmo! melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk memantau dan jika perlu menyekat penjualan bir terbabit.

Sumber :
____________________________________________________________________________

So, ape cite kengkawan ??? Jangan minum lagi tau ... 
Sebaik tak pernah minum ...

Sungguh Mencabar Hari Ini ....

Dalam seminggu dua nih cuaca pada siang hari cukup panas ... Menjelang petang hujan selebat-lebat nyer berserta guruh dan kilat ... Bila terbaca notis dalam surat khabar porno akan berlaku gangguan bekalan elektrik ... Issshhh .... Cam ner nih .... So, siang tadi dilalui dengan sungguh mencabar, tepat pukul 8.00 pagi letrik dah tak de ... Dengan cuaca panas terik dan tanpa bekalan elektrik, peluh mencurah-curah penuh satu baldi, sebaik ler lebih kurang pukul 5.00 petang bekalan dah pulih kembali  ... Betapa besar nyer peranan elektrik nih, cam ner lah agak nyer orang2 yg hidup tanpa bekalan elektrik, masih ada lagi kan ... Hmmm ...

Gangguan Bekalan Elektrik ...

Kawasan2 yang terlibat ...
Gombak Setia adalah ...

25 / 5 / 2011
8.00 pagi hingga 7.00 malam ....
Lama tu ...