Search This Blog

Halal ker air nih ?? ....2

Dulu aku pernah wat entry pasal air nih ... Ramai lak yg kate halal ... So, baru2 nih ada lak yang kate "tak halal" ... Kira-kira hot balik lah cite pasal air nih ... Walaupun dalam paper tak kuar pasal brand ape ... Tapi mungkin ramai yang dah dapat agak ...

_____________________________________________________________________________
Kes 'minuman Arab' dilaporkan mengandungi alkohol lebih daripada 0.05 peratus dan difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, dibongkar akhbar Harian Metrio, kini sudah diketahui umum.

Hukum Syarak hanya membenarkan kurang 0.01 peratus alkohol di dalam makanan dan minuman.

Minuman berkarbonat, pada awalnya dianggap 'bir halal' itu sebelum ini dijual secara terbuka di pasar malam dan restoran terutama di restoran menjual Nasi Arab dengan harga RM3 sebotol.

Saya yakin ramai umat Islam telah menikmati minuman botol pelbagai perisa dipercayai berjenama Barbican itu tanpa perasaan ragu berhubung status halal-haram minuman terbabit.

Mengapa?

Kerana pada hemat saya, majoriti beranggapan, minuman diminum warga Arab berjubah, halal.

Untuk rekod, antara perisa minuman terbabit, Rasberry, Apple, Lemon, Strawberry, Pine, Apple, Peach dan Malt.


Berikut Sijil Halal, produk terbabit dikeluarkan Islamic Food Research Center, IFRC, Malaysia And Asian Region.



Sijil dikeluarkan syarikat sama didapati masih lagi diigunakan pemilik menjual produk makanan secara berleluasa di negara kita.

Saya difahamkan, HANYA Sijil Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM sahaja diperakui di Malaysia.

Akhbar Kosmo! melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengarahkan JAKIM dan pihak berkuasa agama Islam negeri untuk memantau dan jika perlu menyekat penjualan bir terbabit.

Sumber :
____________________________________________________________________________

So, ape cite kengkawan ??? Jangan minum lagi tau ... 
Sebaik tak pernah minum ...

Sungguh Mencabar Hari Ini ....

Dalam seminggu dua nih cuaca pada siang hari cukup panas ... Menjelang petang hujan selebat-lebat nyer berserta guruh dan kilat ... Bila terbaca notis dalam surat khabar porno akan berlaku gangguan bekalan elektrik ... Issshhh .... Cam ner nih .... So, siang tadi dilalui dengan sungguh mencabar, tepat pukul 8.00 pagi letrik dah tak de ... Dengan cuaca panas terik dan tanpa bekalan elektrik, peluh mencurah-curah penuh satu baldi, sebaik ler lebih kurang pukul 5.00 petang bekalan dah pulih kembali  ... Betapa besar nyer peranan elektrik nih, cam ner lah agak nyer orang2 yg hidup tanpa bekalan elektrik, masih ada lagi kan ... Hmmm ...

Gangguan Bekalan Elektrik ...

Kawasan2 yang terlibat ...
Gombak Setia adalah ...

25 / 5 / 2011
8.00 pagi hingga 7.00 malam ....
Lama tu ...
 
 

Tanah Runtuh Hulu Langat ...

Terkejut dengan tragedi yang berlaku di Hulu Langat ... Kebanyakkan mereka bersekolah di Dusun Tua, salah seorang makcik aku mengajar di sekolah tersebut dan beliau masih bersedih atas kehilangan 7 anak murid secara serentak ... 
Innalillahiwainnailaihirajiun..Al Fatihah

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:

Enam belas yang terkorban ialah :

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif, 9
16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ KAJANG.

GAMBAR-GAMBAR DARI LOKASI KEJADIAN:

 

 
 
 
 
 
 
Gambar oleh: Star,Berita Harian
 
Innalillahiwainnailaihirajiun..Al Fatihah
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjb1_CDnylw4sk2n-GUZHmf4F80c5O2LQ-3p9qDtaHPJ4KXl2VYBn7lSRz0CpeiWS8TjvW_mG0-neaRCohLQWQ9sJjMN9LpV9kf80w4ZW4_2D1T_ONVw51_odg1XcexZxGwePGZOhycNCs/s1600/al+fatihah.jpg
 
 
Sumber Rujukan :