Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 H kepada seluruh umat Islam.
Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya. Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya. Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah. Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama. Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu.
** Insyaallah ... Sempena Maal Hijrah, sesuatu yang baru akan berlaku esok ... Satu perubahan yang diharap akan mendapat berkat dari Allah s.w.t ...Perubahan kepada sesuatu yang lebih baik ...