Search This Blog

Ciri-Ciri Sahabat Yang Baik

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
 
1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
 
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
 
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
 
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
 
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
 
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
 
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
 
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
 
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
 
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
 
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
 
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
 
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
 
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
 
Berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

3 Lapis Pakaian

3 lapis pakaian

bukan dipakai ketika musim sejuk
bukan….
bukan……
bukan……. ..
 
3 lapis pakaian
satu untuk menutup aurat
satu untuk berhias
satu untuk taqwa
 
ada orang hanya pakai selapis pakaian
ada orang pakai dua lapis
ada orang pakai hingga tiga lapis
 
surah Al-A’raf : ayat 27
menurut Tafsir al-Azhar Prof. Hamka hendaklah kamu sentiasa berpakaian lengkap iaitu dengan mengenakan ketiga-tiga pakaian kerana jika hanya memakai 2 lapis pakaian sekadar menutup aurat dan berhias maka syaitanlah yang akan menyelinap masuk tetapi apabila mengenakan pakaian taqwa iaitu pakaian ketiga ia adalah pakaian sejati

Jgn Jadikan Diri Anda Sebagai Mangsa

Jika anda melihat lelaki india yang menunggang motorsikal dengan tangannya berdarah mengetuk tingkap kereta anda supaya berhenti dan bertanya untuk kertas tisu bagi membersihkan darah apabila anda sedang memandu kereta, Ingat!JANGAN memberhentikan kereta anda sama sekali. Bahkan jika dia merosakkan kereta anda atau memegang erat-erat cermin sisi (side mirror), JANGAN sesekali memberhentikan kereta tetapi terus memandu sehingga ke balai polis yang berdekatan.


Taktik jenayah yang semacam ini telah dilaporkan kepada pihak polis sebanyak 40 kes terutama di kawasan Seremban, Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya dan Bandar Klang (sebenarnya di seluruh negara).

Orang-orang ini adalah gangster India, mereka bekerja dalam kumpulan dan berani melakukan jenayah ini bahkan di kawasan yang ada orang ramai di mana tak seorang pun akan berani untuk berhenti kereta membantu anda. Tujuan utama dari taktik kotor ini adalah untuk merompak anda dan bahkan melakukan perkosaan jika anda seorang pemandu perempuan yang memandu sendirian. Silakan sampaikan pesanan ini kepada orang yang anda sayangi termasuk saudara dan kawan-kawan anda.

Wasallam.
 
p/s :- macam2 lah sekarang nih ... nak tolong orang pun takut2 ... So kengkawan, hati2 di mana jua anda berada ...