Search This Blog

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan ...

kata-hikmah-124.jpg
 
 
Bismillahirrahmanir rahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji dan syukur hanya layak diberikan kepadaNya yang sentiasa membahagiakan kita di saat kita keseorangan, kesedihan, kebuntuan, kebimbangan dan kekeliruan.

SubhanaAllah, setiap kali kita merasa sedih kita akan mampu menitiskan air mata. Dan sedar atau tidak setelah itu kita akan merasa lega. Lega kerana segala curahan isi hati ini akhirnya berjaya ditafsirkan secara zahirnya. Batin kita terasa tenang setelah berjaya mengungkapkan kesedihan yg ditahan tatkala diuji dengan pelbagai cabaran yg sebenarnya ingin mendewasakan kita.

Wahai teman-temanku yg di kasihi,

Jika kita bersedih hati, tidak kira atas apa jua alasan sekalipun menangislah meminta tolong kepada Allah. Egomu takkan kurang sedikit pun di depan Pencipta segala yg ada di langit dan di bumi.

Kerana secara azalinya manusia itu bersifat lemah dan memerlukan pertolongan Khaliqnya yg Maha Kuat dan Sempurna.

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.

Surah An-nisa (Ayat 28)

Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa

Surah Ar-Rum (Ayat 54)

Namun, begitu kita tidak boleh membiarkan diri kita yg lemah ini terus-menerus lemah. Jangan biarkan emosi mengawal fikiran.Tiada semangat untuk meneruskan kehidupan yg perjalanan mungkin masih jauh. Di sebalik kelemahan yg Allah ciptakan kepada kita Allah meniupkan kata-kata semangatNya dengan memujuk hati kita yg remuk-rendam:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Ali-Imran (Ayat 139)

Marilah kita sama-sama menjadi orang yg beriman.

Orang yg beriman sentiasa percaya bahawa setiap yg tertakdir untuknya pastinya ada hikmah.

Orang yg beriman itu percaya setiap aniaya yg dilakukan ke atasnya akan memperoleh pahala jika dia redha.
Orang yg beriman itu sentiasa tahu setiap apa yg dilakukannya di atas muka bumi ini akan dihisab, dipersoalkan dan dibayar setimpal dengan amal perbuatan.

Dan banyak lagi. Aku tak mampu tuliskan semuanya dek ceteknya pengetahuan serta terbatasnya ilmu jika nak dibandingkan ilmu Allah Yg Maha Mengetahui.

Aku belajar sesuatu hari ini.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita mampu membahagiakan.

Hidup ini terasa indah dan tenang apabila mampu melihat seseorang itu tersenyum gembira mendapatkan apa yg kita berikan seadanya. Kegembiraan itu sememangnya anugerah Allah dan juga dengan izinnya. Kita hanyalah dijadikan asbab (penyebab) yang membuatkan seseorang itu gembira.

Berikanlah apa yg termampu, nasihat, senyuman kepada yang halal menerima, pertolongan tanpa diminta, hadiah atau apa sahaja. Jangan sampai membebankan. Kerana aku takut jika ianya membebankan, hilang ikhlasnya hati untuk memberi.

Berikanlah pemberian itu dengan sepenuh hati agar yang menerima itu juga akan menerima dengan hati. Aku sedang cuba, dan akan terus mencuba. Kerana aku sangat berharap jika dengan pemberianku yang tak seberapa ini mampu memberi ketenangan kepada hatiku yang gundah. Sudah pasti ketenangan itu terlalu mahal. Kerana ianya bukanlah barang yang boleh didapati di kedai-kedai. Pastinya ia dimiliki oleh Khaliqku yg Maha Penyayang.

Wahai teman-temanku yg disayangi,

Aku masih lagi bertatih-tatih mengejar hidayah ilahi, jika kalian melihat aku tergelincir dari landasannya cepat-cepat ingatkan aku bahawa aku salah.

Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku, ibu bapaku, seluruh ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, serta seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah jadikanlah kesudahan yg terbaik bagi penghidupan kami. Jauhilah kami dari seksaan kubur dan azab api nerakamu. Izinkanlah kami Ya Allah mengecapi manisnya syurgaMu.
Wallahua'lam
 

Resepi Karipap

Bahan-Bahan:
½ kg tepung gandum
1 sudu besar lemak sayuran
5 biji ubi kentang
1 peket rempah kari daging
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
Isi ayam (dada)- ptg dadu
Sedikit kayu manis
Sedikit halia
Sedikit Gula/garam/serbuk perasa

Cara menyediakan:
1. Uli tepung terlebih dahulu bersama lemak sayur/garam.
2. Setelah itu bulatkan dan sedia untuk dicanai.

Untuk membuat intinya:
1. Potong ubi kentang dan isi ayam berbentuk dadu.Panaskan minyak tumis bawang merah/putih dan halia yang telah ditumbuk bersama kulit kayu manis.
2. Setelah naik bau masukkan rempah kari daging yang telah dibancuh tadi. Masukkan isi ayam dan ubi kentang/garam/ gula dan serbuk perasa bersama. Masak sampai ubi lembut dan kering.
3. Sedia utk membuat karipap.

Tips tambahan:
1. Lemak sayuran adalah untuk merangupkan karipap.
2. Mentega juga poleh digunakan.

Sorry ...

hahahaha lama tak update blog ... bersarang ... 
maaf yerrr ... 
Cuti2 Malaysia from 29 Julai ~ 31 Julai ...
Nanti kita wat n3 ...
Ponek haaa ...
Selambak baju nak kena basuh ...