Search This Blog

Safi Balqis OxyWhite - Hydrating Lotion


Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan, bak irama dan lagu. Sejak sekian lama Safi banyak membantu wanita menjaga kecantikan kulit wajah. Banyak produk dikeluarkan sesuai dengan pelbagai peringkat umur.  

Terkini, Safi akan mengeluarkan produk baru lagi iaitu SAFI BALQIS OXYWHITE - HYDRATING LOTION 100ML.

Aku berpeluang menggunakan produk terbaru tersebut. Teruja sangat sebab aku memang pengguna setia Safi sejak dulu lagi, sejak aku remaja. Yang aku ingat masa tu Safi dalam bekas tutup berwarna hijau. Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembap. Mudah sangat sebab dalam satu langkah yang ringkas sahaja aku dah dapat menjaga kulit wajah namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Kebetulan plak dua minggu lepas anak aku dimasukkan ke hospital akibat daripada jangkitan kuman kat paru-paru. So keadaan masa tu memang agak kelam kabut. Nak urus yang di rumah, nak jenguk yang di wad. Dalam semua kena pantas dah tentu produk nie membantu. Comel jer nak letak dalam bag. Takkan nak bawak selambak pi hospital kan. Nak guna pun pantas jer.



Losyen ni bertindak:
  • Memberikan 2x penghidratan*dan kesegaran dengan satu penggunaan.
  • Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
  •          Macro Hyaluronic Acid
  •          Nano Hyaluronic Acid
  •          Bio-Hyaluronate
  •          Oligo-Hyaluronic Acid
  •          Super Nano Hyaluronic Acid

  • Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
  • Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cepat dan senang nak cantik dengan Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni. Gabungan penyegar dan pelembap memudahkan mereka yang sibuk bekerja dan mementingkan masa. Saya suka sebab ringkas dan mudah nak dibawa ke mana-mana. Nak dapatkan pun mudah sebab produk Safi biasa nya ada di mana-mana pasaraya. Beli online pun boleh kot sekarang nih. Walaupun saya surirumahtangga kulit wajah juga harus dijaga.

#SafiBalqis 

#SAFISKINSTORY
#safiMY 
#safihydrationlotion
#safihydratinglotion

As-Syahid Dr. Mohamed Morsi

Image result for As-Syahid Dr. Mohamed Morsi


Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Al-Baqarah 2:156)

Presiden Mohammad Morsi (Mesir) telah syahid kerana berjuang menegakkan agama Islam dan hak umat Islam.

Beliau telah difitnah , digulingkan, dizalimi dan disiksa oleh si Yahudi Zionis laknatullah yang bernama El-Sisi dan Amerika Syarikat dan Israel.



Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang pendidikan dunia tetapi turut terpilih sebagai al-huffaz, penghafal alQuran.

Ternyatalah selain dari menjadi pemimpin politik yang hebat, beliau juga merupakan seorang profesional ummah yang disegani ramai.

Semoga Allah menempatkan ruh Almarhum Mohamed Morsi, Bekas Presiden Mesir bersama para anbiya, marilah kita semua berdoa untuk beliau yang sanggup syahid semata-mata kerana cintakan Allah dan RasulNya.

SALAM AIDILFITRI 2019


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Ceria tak bererti tiada duka.
😢😢😢 
Raya pertama tanpa Abah. Sayu sangat. Al-Fatihah.

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat anda semua ... Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...