Search This Blog

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Mamogram Mengesan Apa Yang Tidak Kelihatan

Semalam saya ada buat entry pasal PEMERIKSAAN MAMOGRAM PERCUMA ... Program tu dianjurkan oleh ADUN kawasan saya ... Kat sini saya terangkan serba sedikit tentang MAMOGRAM ... Semoga bermanfaat untuk kengkawan semua ... 

Apa itu MAMOGRAM ?

Mamogram adalah suatu pemeriksaan saringan sinar-X yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kanser payudara.

Siapa yang memerlukan MAMOGRAM ?

Semua wanita yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menjalani pemeriksaan ini.

Mengapa saya memerlukan MAMOGRAM ?  

Mamogram dapat mengesan kanser payudara pada peringkat paling awal iaitu sebelum ketumbuhan dapat dirasai oleh payudara. Ia juga berkesan untuk meneliti kesihatan am payudara.  
Bagaimana MAMOGRAM dilakukan ?
Pemeriksaan ini dilakukan oleh Juru X-Ray wanita. Ia mengambil masa selama 10 minit hingga 30 minit. Anda diperlukan untuk mendedahkan bahagian dada anda. Kemudian payudara anda akan diletakkan di antara 2 plat yang terdapat pada mesin. Selepas itu dedahan sinar-X akan dibuat. 2 keping filem sinar-X akan diambil bagi setiap sebelah payudara melalui sudut yang berlainan. Pemeriksaan mamogram adalah selamat kerana radiasinya adalah di tahap sangat rendah. 

Persediaan untuk MAMOGRAM ? 

Peringatan:  Elakkan menguna minyak wangi, deodorant, bedak atau krim pada bahagian dada dan ketiak pada hari pemeriksaan mamogram. Bahan-bahan dalam produk-produk ini mungkin akan menjejaskan keputusan mamogram. Anda perlu memakai pakaian ringkas atau blaus dan seluar panjang atau skirt panjang. Pakaian atas perlu ditanggalkan semasa pemeriksaan dilalukan.   

Tip:  Lakukan pemeriksaan selepas haid kerana pada masa itu payudara kurang sensitif. Elak minum minuman yang berkafein (kopi, teh, air berkabonat dan coklat) selama seminggu atau dua minggu sebelum hari temujanji. Kafein boleh menyebabkan payudara terasa sakit.   

Bagaimana jika keputusan MAMOGRAM saya abnormal ? 
Anda akan dirujuk kepada pakar di hospital atau di pusat perubatan untuk penyiasatan lanjut. Keputusan mamogram yang abnormal tidak semestinya bermakna anda mempunyai kanser. Pakar akan melakukan penyiasatan lanjut dan akan memberikan nasihat dan rawatan yang bersesuaian. 

Di mana anda boleh mendapatkan Pemeriksaan MAMOGRAM ?  

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan ini di pusat-pusat mamogram kerajaan dan swasta. LPPKN menyediakan subsidi bagi pemeriksaan mamogram untuk wanita-wanita layak. Sila rujuk kepada mana-mana klinik LPPKN yang berhampiran.

Pengesanan Awal Menyelamat Nyawa. Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Ujian Mamogram. Program ini mensasarkan kepada wanita warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur    40-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN. Walaubagaimanapun bagi wanita yang berumur 35-39 tahun yang mempunyai sejarah keluarga mendapat kanser payudara sebelum berumur 40 tahun juga layak mendapat subsidi ini melalui rujukan Doktor.

Ujian saringan mamogram PERCUMA diberikan kepada wanita yang berisiko tinggi berpendapatan isirumah RM10,000.00 dan ke bawah. Manakala bagi wanita yang berpendapatan isirumah melebihi RM10,000.00, subsidi sebanyak RM50 diberikan bagi setiap ujian mamogram yang dilakukan.

Wanita yang tidak mempunyai sebarang gejala dan tanda pada payudara mereka digalakkan untuk menjalani ujian mamogram melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Wanita yang layak akan dirujuk ke Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar di bawah program ini.

Bagi wanita yang telah dikesan positif kanser, diharap dapat menjalani penyiasatan lanjut dan mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta. Wanita yang memerlukan bantuan kewangan, kaunseling dan sokongan khidmat nasihat akan diberikan oleh pelbagai agensi yang berkerjasama di bawah program ini.

Semoga Program Subsidi Ujian Mamogram dapat memberi manfaat kepada wanita dalam usaha pengesanan awal kanser payudara. 

Sumber : LPPKN

PEMERIKSAAN MAMOGRAM PERCUMA


🌸🌸🌸 PEMERIKSAAN MAMOGRAM PERCUMA 🌸🌸🌸

Info khas untuk penduduk Gombak Setia ...
(Rebut peluang untuk kesihatan anda. Harga normal lebih RM 300. Ini hanya PERCUMA untuk anda)

Tarikh. : 18/10/2016
Hari. : Selasa
Tempat : Columbia Asia Setapak

🚌 Bas di sediakan
Bertolak: Jam 8 pagi Daripada (pusat khidmat Masyarakat, dun Gombak Setia, jln berjaya 6, Tmn berjaya)

✳ Umur: 35 tahun keatas, tidak menyusukan anak dan tidak haid ketika hari pemeriksaan.

✳ Sila beri nama & nombor kad pengenalan K/P (sertakan 1 salinan K/P)

☎ sebarang pertanyaan:
sila hubungi Puan Khatifah
019 2342889

🌷 Anjuran : Pusat Wanita Berdaya (PWB) Gombak Setia
Terima kasih.

FENOMENA AIR PASANG BESAR OKTOBER 2016


Mohon laluan info terkini ... Sila panjang kan peringatan kepada saudara sahabat kita yang berpotensi untuk bersedia hadapi keadaan ini ... Sama-sama kita berdoa agar tiada kejadian buruk akan berlaku ...



Kawasan-kawasan yang terlibat adalah Klang, Kuala Langat, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam ...

PENDUDUK DIMINTA SUPAYA BERWASPADA DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JIKA BERLAKU BANJIR AIR PASANG TINGGI SEPERTI YANG DIJANGKAKAN

Jadual Ramalan Air Pasang Surut Malaysia 2016




TAZKIRAH JUMAAT #63 | TAKUT KEPADA ALLAH


Salah satu sikap yang harus kita miliki sebagai muslim adalah rasa takut kepada Allah Swt ... Takut kepada Allah disini adalah adalah takut kepada murka, siksa dan azab-Nya ...

Adanya rasa takut kepada Allah Swt, membuat kita tidak berani melanggar segala ketentuan-Nya ... Yang diperintah kita kerjakan dan yang dilarang kita tinggalkan ... Takut kepada Allah akan membuat seseorang memperbanyakkan amal solehnya selama hidup di dunia ini ...


Takut kepada Allah berbeza dengan takut kepada binatang atau musuh dalam hal ini adalah takut kepada sesama manusia ... Jika takut terhadap binatang buas atau musuh yang ganas, kita harus menjauhi dan menghindarinya, sedangkan takut kepada Allah maka kita harus lebih mendekatkan diri kepada-Nya ... Semakin hebat rasa takut kepada Allah dalam hati seseorang, hendaknya semakin rajin mendekatkan diri kepada-Nya ...

Murtad

Berlakunya kemungkaran dan maksiat di sekeliling kita hari ini disebabkan rasa takut akan azab dan seksaan maha pedih dari Allah tidak ada dalam hati mereka yang melakukannya dan ini menunjukkan mereka tidak takut sama sekali dengan Allah ...

Sebenarnya rasa takut kepada Allah ini bergantung kepada tingkat keimanan seseorang ... Jika sekadar percaya adanya Allah tetapi tidak dapat berasakan takut kepada Allah, maka iman orang itu amat tipis dan lemah kerana tidak dapat berasa gerun kepada neraka serta azab Allah ... Orang yang betul-betul kenal dan takut kepada Allah hanya lahir di hati mereka yang mempunyai sikap tawakal atau penyerahan pada Allah ... Dengan kata lain, hanya orang beriman saja yang akan dapat merasai rasa takut itu ...

Dengan kata lain, tidak ada rasa takut dan gerun kepada Allah menandakan hati seseorang itu telah mati ... Al-Quran mengingatkan mengenai seksaan pedih bakal diterima orang yang derhaka (tidak takut) dan balasan nikmat bagi mereka yang melakukan kebaikan (takut).

Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam 7 perkara.

1.Pada lisannya. Iaitu orang yang menghindarkan dirinya dari dusta, ghibah, menyebar fitnah dan banyak bicara. Sebaliknya ia malah menyibukkan diri dengan memperbanyakkan zikir, membaca Al-Qur'an & mencari serta berbagi ilmu. 

Bermaafan
2.Pada hatinya. Iaitu orang yang membuang rasa permusuhan, kebodohan & kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda; "Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.'" Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu & amal. 

3.Pada pandangannya. Iaitu orang yang tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian dan hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi ia memandangnya dgn mengambil iktibar. Rasulullah Saw telah bersabda; " Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada hari Kiamat." 


4.Pada perutnya. Iaitu orang yang perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana Rasulullah Saw bersabda; " Ketika sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat di langit & di bumi melaknatinya selama sesuai dan seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka." 

Rasuah Itu Haram

5.Pada kedua tangannya. Iaitu orang yang tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah Swt. Rasul Saw bersabda; "Sesungguhnya Allah Swt telah menciptakan bangunan yang di dalamnya terdapat 72 ribu aula. Setiap aula terdapat 70 ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya krn takut kepada Allah." 

6.Pada langkah (kakinya). Iaitu orang yang tidak berjalan untuk bermaksiat, tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keridhaanNya serta untuk bergaul dengan para ulama, orang-orang saleh. 

7.Terlihat pada ketaatannya. Iaitu orang yang menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah Swt, dan ia takut pada riya’ dan munafik. 


Semoga kita dan anak2 keturunan kita menjadi orang-orang yang bertakwa dan senantiasa dijaga oleh Allah Swt dan dijauhkan dari apa2 yang diharamkan Allah Swt. Aamiin

Sumber :

BAHAYA SEMUT CHARLIE

Beberapa minggu lepas ada terbaca orang tu kena serangan semut nih ... Kalau tengok kepada kesan tu teruk sangat ... So, kengkawan hati-hati tau ... Pesan kat anak-anak ...


Perkongsian info mengenai Semut Charlie ... Anak-anak yang tinggal di asrama selalu jadi mangsa semut charlie ni ... Ada jugak yang panggil Tomcat ...

Ikuti tulisan daripada Dr. Abdul Rahim mengenai bahaya dan cara nak elak dari semut ni ... Semoga bermanafaat ...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

"Mai doc bagi info sapa Cassanova ni supaya anda tak jadi mangsa durjananya.

A. Mr. Charlie (nama glamournya)….. handsome kacak. Tpi sapa tergoda… mangsanya akan dpt habuan Racun dr Mr Charlie bersamaan 12 kali ganda racun Cobra / Ular Tedung. Rove Beetle atau Charlie ni kita panggil SEMUT SEMAI / SEMUT KAYAP.

B. Charlie ni duk di sawah padi, padang & hutan. Nak tau dak….. dlm badan Mr. Chalie ni ada sejenis TOKSIN terbisa" di dunia, dipanggil ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) . Jika racun tu kena kulit kita…kulit kita merah kehitaman macam terkena api..ia pedis, sakit & gatal.. dipanggil “whiplash atau lineris dermatitis”.


Doc nak bagi tau apa yg Mr. Charlie suka:

1.Tertarik pada cahaya lampu waktu malam. Elok tutup lampu & tutup semua pintu & tingkap supaya geng2 Mr. Chalie tak mai serbu pd cahaya.

2. Gunakan jaringan nyamuk untuk elak Mr Charlie masuk rumah.

3. Jangan guna semburan aerosol serangga sebab Mr Charlie kebal dgn Aerosol.

4. Kalau le Mr. Charlie merayap atas badan anda, kuis je, jangan menjerit / jangan pukul sampai perutnya TERBURAI pecah … Ni le kesilapan kita pi hentam cassanova tu sampai terburai isi perut !! Tau tak BISA/RACUN dalam perut dia tu ada HAEMOLIF tu yg 12 X bisa ular senduk akan lekat pd kulit anta lalu TERBAKAR KULIT ANDA. KULIT JADI KEMERAHAN atau GELEMBUNG. Lalu Kulit jadi PEDIH,SAKIT dan KEHITAMAN. Kadang GATAL ... Aduui emak sakiiitnya.


Apa patut anda buat bila kena Racun Mr. Charlie.

1. PI MANDI TERUS….Buang bekas racun tu secepat mungkin. Jangan tangan kita menggatal  pi garu di kulit tu.

2. Ada yg kena ALAHAN kulit yg teruk mesti dapat rawatan perubatan.

Senjata yang dapat JAUHKAN Cassanova ni bukan PERFUME HIGH CLASS YG WANGI SEMERBAK …tapi…hihihi …UBAT GEGAT je… dia lari lintang pukang.

Hihihi… Nasihat doc
Lebih baik mencegah daripada mengubati kan !

Bawa lah UBAT GEGAT selalu dalam poket anda….doc melawak je.

Ada soalan, doc jawapkan.
Drp Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda.
Bayan Lepas. Penang.
Tel: 04-6444181

Copy&Paste

Adoiii laa ... Ngeri tengok gambar mereka-mereka yang kena serangan Semut Charlie ... Semoga bermanfaat buat kengkawan semua ... Ingat, kalau jumpa jangan picit ... Kuis jer ... Lagi selamat hembus atau tiup jer ...

Kredit: Dr. Abdul Rahim

LAPAR PERUT @ LAPAR MATA


Hi ... Kengkawan buat ape tu ? Dah makan ? Tak lapar ? Lapar yang kita rasa nie ada dua jenis sebenar nyer ...  Korang faham ker apa maksud lapar perut ngan lapar mata tu ? Meh sini nak cite skit ... 

Lapar perut@lapar fizikal ada keadaan di mana kita betul-betul lapar ... Memang dah sampai waktu kita kena makan ... Lapar sangat lah kira nyer nih ... Kita pun tak kisah dah nak makan ape pun ... Ape saja makanan yang dapat mengisi perut yang lapar ... Sebat jer ...

Tanda-tanda lapar fizikal

*Datang secara bertahap, dari yang tak terlalu lapar menjadi sangat lapar ...

*Anda merasakannya di perut bukan lidah ...

*Anda ingin makan apa pun yang dapat dimakan ...

*Mudah untuk dipuaskan dan merasa kenyang ...

Lapar mata  @ lapar emosional adalah keadaan kita tak de lah lapar sangat sebenar nyer ... Lepas kita nih dok gatal plak gie masuk group masak-masak ... Tengok macam-macam resepi yang sedap-sedap ... Ditambah plak dengan gambar-gambar yang menarik ... Ehhh, cam sedap plak ... Ehh, cam lapar plak ...  Kadang-kadang tu sebab sayang tengok makanan tak habis, kita pun makan ler, sayang nak buang ... Mak-mak ler nih, nak kemas meja makan, selalu lah jadi cam tu ... Bahaya cam nie ...

Emmm, sedap nyer makanan ...

Tanda-tanda lapar emosional

*Datang tiba-tiba setelah anda melihat makanan yang menarik

*Anda merasakannya di hati bukan di perut

*Hanya jenis makanan tertentu saja yang anda inginkan

*Sukar untuk dipenuhi dengan makanan lain

Tak bagus cam tu sebenar nyer ... Kita sepatut nyer ikut jer waktu makan yang dah ditetapkan ... Sarapan pagi, lunch & dinner ... Paling penting sarapan pagi ... Tak boleh tinggal ... Dinner pun jangan terlalu lewat ... Kuantiti makanan yang diambil pun jangan terlalu banyak ... Ape yang penting perlulah seimbang ... Kang tak pasal-pasal kena masalah penghadaman plak ... Kurang serat lah tu ...

Tanda-tanda tubuh kurang serat

*najis keras atau keluar sedikit demi sedikit dalam ukuran kecil ... Kalau bahasa kasar nyer cam taik kambing ...

*lapar setelah makan

*kembung

*mengantuk pada siang hari kerana serat membantu kestabilan kadar gula dalam darah, kurang mengambil serat akan menyebabkan gula dalam darah melonjak dan kemudian turun dengan cepat, akibat nya akan rasa lemas, lesu dan mengantuk ... Nak buat keje pun tak semangat dah ...  

Amalkan makanan seimbang


So, untuk mengelakkan sebarang masalah makanan perlu seimbang ... Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran ... Air masak pun kena minum banyak ... 

Makanan Yang Memperlahankan Metabolisme Tubuh

*Tepung putih

*Daging lembu yang diternak

*Makan epal (bukan organik) dengan kulit

*Asid lemak omega-6 (cth mentega)

*Soda (sirap jagung tinggi fruktosa)

Sumber :
iSIHAT
Oktober 2016
Bil.108

FENOMENA AIR PASANG DI PELABUHAN KLANG

Mohon laluan info terkini ... Sila panjang kan peringatan kepada saudara sahabat kita yang berpotensi untuk bersedia hadapi keadaan ini ... Sama-sama kita berdoa agar tiada kejadian buruk akan berlaku ...

Banjir pasang-surut di beberapa kawasan di Pelabuhan Klang ... Air pasang yang tertinggi dengan bacaan 5.6M ...

JADUAL AIR PASANG DRPD JP S:-

18HB SEPT 2016 ~ 5.6M
19HB SEPT 2016 ~ 5.5M
20HB SEPT 2016 ~ 5.5M
21HB SEPT 2016 ~ 5.2M

PENDUDUK DIMINTA SUPAYA BERWASPADA DAN MENGAMBIL LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN JIKA BERLAKU LAGI BANJIR AIR PASANG TINGGI SEPERTI YANG DIJANGKAKAN





Sumber :
👍 Group Wasap 👍

Datuk Dr. Haron Din Meninggal Dunia

BELANGSUNGKAWA
DATUK DR. HARON DIN
1940 - 2016

Di pagi Jumaat yang penuh barakah Allah tarik nyawa beliau ... Kini kita kehilangan seorang lagi ulama tersohor di bumi Malaysia ... Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman ... Allahumma Amin ...

Allah lebih menyayangi beliau, Innalillah waiina ilaihi rajiun ... Alam ini menjadi sayu lagi ... Tiada kata yang mampu di ucap ... Tiada kalimah yang mampu dituliskankan lagi ... Kembalilah Allahyarham Tuan Guru Datuk Dr Haron Din di pagi Jumaat ini, saat jam 10:10 minit pagi tadi ...

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها، وَأَكْرِمْ نُزُلَها، وَوَسِّعْ مَدْخَلَها، وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّها مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِها، وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ، وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبر.

AL-FATIHAH

ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

SELAMAT HARI MALAYSIA 2016


SELAMAT HARI MALAYSIA untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan Hari Malaysia ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...


Sedikit info saya kongsikan untuk ingatan kita bersama ... Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 ... Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia ...
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 ... Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama ... Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak ...

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mencari Nilai Hari Malaysia
Semoga Malaysia sentiasa aman dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi ...

PARALIMPIK RIO 2016 RAIH EMAS

Tahniah diucapkan kepada atlit Paralimpik Malaysia 2016 ... Anda amat membanggakan rakyat Malaysia ...


Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah negara apabila berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) di Paralimpik Rio, Brazil ... Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat ...


Muhammad Ziyad Zolkefli meraih emas kedua buat kontinjen Malaysia ... Lebih membanggakan lontaran peluru sejauh 16.84 meter telah mencipta rekod dunia dalam cubaannya yang kelima ...


Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter ... 

Wahhh, hebat sangat nih ... Tak dapat bayangkan kegigihan dia orang nie berlatih ... Kuat dia orang nie, mesti pelbagai ujian dan cabaran dah dilalui ... Kesabaran membuahkan hasil yang amat membanggakan ...

Tahniah Bro ...

Sumber Gambar : 
Astro Awani

Salam Aidil Adha 2016

Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer, tak balik kampung pun ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...


Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermula
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...

********************

Di sini saya kongsikan sedikit maklumat untuk ingatan kita bersama ...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji ... Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ... Merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia ... Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri ... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban ... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah ...

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 



Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, BERA, PAHANG DARUL MAKMUR

Jom infaq RM10 seorang setiap bulan ...


»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»»
DANA PEMBANGUNAN KOMPLEKS MAAHAD TAHFIZ SAFA MARWAH, LOT 4540 PAYA TELOK, 28200 BANDAR BERA, PAHANG DARUL MAKMUR. - SILA SEBARKAN.
««««««««««««««««««««««««««««««««««

FASA 1: Pembinaan Masjid - Sudah bermula pada 10/3/2016.

Carumkan sebahagian pendapatan anda SETIAP BULAN ke dalam pembinaan ini.
Salurkan derma, infaq, zakat dan sedekah Tuan/Puan ke akaun:

Maybank Islamic
1560 7604 1263
Maahad Tahfiz Safa Marwah


Snap slip dan maklumkan sumbangan ke nombor Whatsapp 019-249 8747 (Setiausaha Maahad) untuk rekod.

BANTU kami VIRALkan pembinaan ini, jom LIKE, SHARE dan INVITE FRIENDS ke page rasmi:

Setiap sumbangan walau RM10, walau RM50, walau RM100, walau RM200, walau RM500 apatah lagi RM1,000 seorang setiap bulan amat bermakna untuk memastikan kerja-kerja pembinaan berjalan mengikut jadual.

Penggerak Utama:

Penasihat: Ustaz Ahmad Hakim Shamsudin (Imam Besar Masjid Daerah Bera). 010-577 3507.

Pengerusi/Pengasas: Ustaz Nawawi Al-Puruni (Pengerusi NGO Bera Barakah). 013-247 8843.

Bakal Mudir: Ustaz Muhammad Asyraf Ishak Al-Hafiz (Guru Al-Quran Masjid Jamek Bandar Triang). 014-534 0894.

Bendahari: Ustaz Erham Ehwan (Guru S.K. Seri Buntar). 013-910 0622.

Pengurus Tapak: Tuan Khalid Haji Mohd Arif. 019-962 2216.




"Tidak akan pernah berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah...bertambah...bertambah...” (HR. Al Tirmidzi)

"Siapa yang memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah akan melipatgandakan balasannya dan baginya pahala yang mulia.” (QS. Al Hadiid 57:11)

"...dan (janganlah kamu takut kepada kemiskinan karena membelanjakan harta kepada Allah)...” (QS. Al Baqarah 2:245)

Kami tidak akan memperoleh kebajikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai...” (QS. Ali Imran 3:92)

"Ingatlah kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah maka diantara kamu ada orang yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah Yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang membutuhkan (Nya)...” (QS. Muhammad 38)

"Dan Allah senantiasa memberi pertolongan kepada hamba-Nya selama ia menolong saudaranya” (HR. Muslim)

SUAMI, PINTU SYURGA DI RUMAH

Isteri, memiliki pintu syurga di rumahnya ... Pintu itu boleh mengantar dia ke syurga atau melemparkannya menuju ke neraka ... Pintu itu hanya satu, SUAMI ...

Isteri yang TAAT kepada suaminya, kelak memiliki kedudukan seperti lelaki yang mati syahid dalam peperangan di jalan Allah ...

Setiap isteri melayani suaminya, maka perbuatannya akan meninggikan darjatnya di sisi Allah ...

Amal ibadah yang paling utama bagi seorang isteri adalah melayani suami dan anak²nya ...

Lebih utama dari ibadah sunnah apa pun ... Sebab itu amat rugi sekali wanita yang sibuk dengan zikir, tetapi suaminya terlantar tak dipikir ...

Sibuk dengan al-Quran tapi suaminya tak pernah disediakan makan ...

Sibuk dengan majlis maulud, tapi dengan suaminya selalu perang mulut ...

Berdebat, bicara kasar, menipu, berbohong, nusyus, menyakitinya, memandangnya dengan pandangan rendah, meninggikan suara …

Laa haula wa laa quwwata illa billaaaah

Wahai para isteri …

Tiada guna solat mu ...
Tiada guna majlis yang kau hadiri ...
Tiada guna puasa mu ...
Tiada guna zikir mu ...
Tiada guna haji mu ...
Tiada guna bacaan al-Quran mu ...
Tiada guna sedekah mu ...
Sebelum kau meminta maaf kepada suami mu ...

Jangan sakiti dia, walaupun terkadang dia memiliki kelemahan di sana-sini ...

Nabi telah menjelaskan, wanita yang menjadikan wajah suaminya berubah, maka tak akan diterima solatnya walau sejengkal ...

Dalam riwayat, wanita yang tidak mahu melayani suaminya di malam hari, dilaknat malaikat hingga pagi hari ...


Selagi ada kesempatan, berubahlah sikap menjadi baik ... Selagi ada kesempatan minta maaflah ...
Jadilah isteri yang baik, Jika memang yang kau tuju syurga,
Itulah jalannya ...

Carilah redha suami mu, Semoga Allah menyelamatkan kita semua dari perbuatan yang boleh mendatangkan murka-Nya ... Baik yang kita sedari atau tidak kita sedari ...

“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya ... Sesungguhnya suami mu adalah syurga dan nerakamu.” 
(HR. Ahmad)

* Saya dapat kat group wasap ... Ingatan untuk saya yang tak sempurna ... Semoga bermanfaat buat kengkawan ... Ambik yang positif, jauhkan yang negatif ...