Sumber :- Mazidul Akmal Sidik
Mengapakah saya berasa amat meluat setiap kali melihat gelagat lelaki Nigeria di negara ini? Kerana saya banyak mengetahui sisi gelap kegiatan mereka melalui pengalaman dan berita disampaikan oleh pihak berkuasa ke telinga saya.
Saya percaya sebilangan warga Nigeria mengenali wajah saya sewaktu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran dan perantara program 999 sebelum ini. Justeru tidak hairan jika saya kerap dilontarkan jelingan tajam sekiranya berada di lokasi tumpuan mereka.
Semalam saya mendedahkan kisah wanita tempatan, 'Jie', 30 tahun, menjadi kekasih lelaki Nigeria selama setahun.
Allah menemukan Jie dengan blog ini dan menurutnya sedikit sebanyak mendorong dia mengundurkan diri dari perhubungan itu.
Baca luahan Jie di blog Journalis Maya, klik di sini.
Saya yakin bukan mudah keputusan dibuat oleh Jie untuk berkongsi pengalamannya bersama pembaca blog ini. Apapun secara peribadi, saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada dia kerana mengambil langkah bijak sebelum nasi menjadi bubur.
"Adakah banyak komputer di rumah Charles?," itu soalan saya.
"Dia ada 2 laptop. Internet 24 jam menggunakan nama perempuan tempatan, orang asli. Dua lagilaptop diberikan kepada rakannya," balas Jie.
Sebaik menerima informasi itu, saya percaya bekas teman lelakinya sah terbabit dengan kegiatan penipuan menggunakan internet.
Berikut pertikan dari entri saya nukilkan pada 22 Disember 2012.
"Dalam rumah ini, ada 3 bilik. Satu bilik, saya dengan teman lelaki manakala dua bilik lagi, kawan dia duduk tiga orang. Mereka semua terbabit dalam 'parcel scam' sejak saya mula tinggal bersama. Mereka online 24 jam sehari kecuali pada hari Isnin mereka ke universiti dan kolej," jelas Zana.
Untuk membaca entri lengkap sila klik di sini.
Untuk rekod, Zana menghubungi saya selepas menyedari dirinya ditipu dek lelaki Nigeria mendakwa amat menyayangi dirinya. Dalam operasi dilaksanakan oleh pihak polis, 3 rakan serumah bekas kekasih Zana, dari negara sama berjaya diberkas namun agak malang, dia berjaya melarikan diri.
Lazimnya, lelaki Nigeria memburu gadis berpunggung dan berbuah dada besar tetapi melalui pengamatan saya, Zana gadis manis dan bertubuh sederhana.
Namun, sebilangan lelaki Nigeria tidak teragak-agak untuk menyetubuhi sesiapa sahaja asalkan mereka bergelar wanita biarpun tubuh sudah berkedut seribu.
Baca kisah benar, diceritakan kepada saya di sini.
Melalui pengalaman lampau, ramai mangsa menceritakan kepada saya, kononnya bekas teman lelaki mereka mendakwa dilahirkan dalam keluarga kaya di Nigeria.
Saya sempat membuat sedikit penyelidikan berhubung Nigeria dan informasi itu saya kongsikan bersama pembaca di sini.
Pembaca tentunya pernah membaca kes lelaki Nigeria dilaporkan mencabul gadis atau isteri rakyat tempatan. Lihat gelagat lelaki Nigeria di bawah.
Barangkali mereka sudah terbiasa dengan perlakuan sebegitu di negara sendiri dan kemudian terbawa-bawa ke negara kita, alah bisa tegal biasa.
Geram melihat tindakan melampau, menunjukkan kemaluan kepada wanita tempatan, warga Nigeria dibelasah, maut dalam kejadian di Batu 9, Kajang, Selangor.
Baca laporan akhar Harian Metro di sini.
7 anggota RELA terbabit direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit kesalahan pesalah boleh dihukum gantung sampai mati, mandatori.
Saya percaya agak sukar untuk pegawai penyiasat mengenal pasti suspek sebenar mengakibatkan kematian, suspek membuat pukulan terakhir mengakibatkan lelaki Nigeria itu terbunuh. Apapun kita tunggu keputusan hasil siasatan dilakukan oleh pihak polis.
Peringatan saya kepada pembaca, jika berhadapan dengan lelaki Nigeria bertindak ganas, tangkap dan lumurkan sahaja seluruh badannya dengan cili padi ditumbuk halus. Setegap mana sekalipun tubuhnya, dia pasti akan menjerit kepanasan.
Tiada kesan luka atau kecederaan dapat dikesan.
Jika dia terduduk, sebat tapak kakinya menggunakan paip getah kerana tindakan itu tidak akan meninggalkan sebarang kesan di kakinya biarpun jeritannya bak menggegarkan dunia.
Kita tidak perlu sama sekali memukul mereka sehingga mati lalu akhirnya digelar hero kecundang tetapi pada masa sama kita juga tidak wajar membenarkan lelaki Nigeria 'menghentak' wanita tempatan sehingga melahirkan anak tanpa nikah.
Biarpun bukan beragama Islam, wanita dilaporkan berasal dari Sabah di bawah dilaporkan tinggal bersama lelaki Nigeria sehingga melahirkan anak di Puchong, Selangor.
Sebaik entri mengenainya dan kegiatan penipuan lelaki, ayah kepada anak kecil itu disiarkan di blog ini, mereka melarikan diri dari kondominum disewa.
Saya percaya blog mencecah hit lebih 6.4 juta ini turut dibaca oleh sebilangan wanita tempatan kini tinggal sebumbung bersama lelaki Nigeria di Malaysia.
Dengan kerjasama semua pembaca, kita bersama berkebarangkalian menyedarkan wanita tempatan agar keluar dari belenggu penipu.
Cukuplah tubuh digomoli dan diratah setiap hari hanya bermodalkan air liur dan kata manis oleh warga Afrika terbabit. Zana dan Jie telah membuktikan mereka mampu mengubah kehidupan dari bergelumang dengan lelaki Nigeria.
Cukuplah.
Jika terdapat mangsa ingin menghubungi saya, sila hantarkan informasi melalui private message, PM ke akaun Facebook saya, klik Mazidul Akmal. Saya berazam untuk membantu dengan menyalurkan maklumat diperolehi kepada pihak berkuasa.
Itu janji saya.
Jangan biarkan hidup dibelenggu lelaki Nigeria.
Kepada semua pembaca, bantu saya. Mohon sebarkan entri ini kepada semua rakan dan ahli keluarga di seluruh negara.
Saya menyanjung tinggi jasa dan sumbangan itu.
Salam.
HEBAHKAN ENTRI INI KEPADA SEMUA SEMOGA ALLAH MEMBALAS JASA KALIAN SEMUA