Search This Blog

Yeaayyy, Dah Boleh Padam


WhatsApp akhirnya telah menambah satu fungsi yang sangat dinanti-nantikan penggunanya, *padam mesej yang tersalah hantar*!

Menerusi fungsi berkenaan, kalau kita tersilap menghantar mesej, kita boleh memadamkan mesej tersebut sebelum sempat dibaca oleh penerima dan mesej yang dipadam itu akan digantikan dengan “Mesej Ini Telah Dipadam”.

Menurut WhatsApp, korang dibolehkan memadam mesej yang dihantar dalam masa tempoh *7 minit SAHAJA.* Sekiranya mesej itu melebihi masa berkenaan, ia TIDAK boleh dipadamkan lagi. 

Untuk memadam mesej yang tersalah hantar itu, sentuh lama pada mesej, tekan tong sampah(fungsi delete), tetingkap akan terpapar, beberapa  pilihan diberi... Pilihlah dengan bijak... !


Pilih *Delete For Everyone* ... Mesej yang korang tersalah hantar tu akan dipadam... 


Tapi korang kena make sure dah update whatsapp, tipon korang dan tipon penerima... 

Sekian, terima kasih... Harap maklum... 

1 comment: