Search This Blog

SALAM KEMERDEKAAN 2017 #NEGARAKUSEHATISEJIWA


Salam Kemerdekaan 2017 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan kemerdekaan ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...

Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun! Dah tua dah Malaysia nih korang ... So, kali nie  Ambang Merdeka akan disambut di Bukit Jalil pada sebelah malam selepas majlis penutupan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ... Mesti meriahkan ditambah plak dengan kejayaan gemilang  dalam Sukan SEA kali nie ... Walaupun terlepas ibu segala emas , tahniah diucapkan kepada semua ... Semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung ...


🌺Selamat Hari Merdeka 🌺

      SEMOGA ...

Merdeka Akidah  dari Kesyirikan.
Merdeka Syariat dari Kefasikan.
Merdeka Minda dari Kejahilan.
Merdeka Nafsu dari Keburukan.
Merdeka yg Haq dari yg Batil.

🌸 Mantapkan iman tingkatkan amal,

Utk meraih Rahmat dan Redha Allah,
Itulah janji Allah dengan Syurga,

🌸 Mohon Allah bebaskan dari Neraka,

Barulah merdeka dari siksa Nya,
Itulah merdeka yg sebenar,
Itulah merdeka yg dicari.

🌸 Ampun dan maaf dipohon kini,

Seandainya ada terguris di hati,
Kehidupan dunia jangan khianati,
Di Akhirat nanti tidaklah rugi.

#NEGARAKUSEHATISEJIWA

2 comments: