Seorang Ibu Boleh Menyara 10 Orang Anak Tapi, 10 Orang Anak Tak Boleh Menyara Seorang Ibu. Tahukah Sang Anak Bahawa Setitis Airmata Ibu Mengalir ( Derhaka ) Apa Hukumnya?
Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: " Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa."- Riwayat Al-Hakim.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)
Rasulullah SAW lebih jelas menegaskan mengenai dosa besar ini di dalam sabdanya yang bermaksud: "Mahukah kamu aku khabarkan tentang dosa besar? Kami (sahabat menjawab: "Ya, tentu wahai Rasulullah". Beliau bersabda: "Ada tiga, iaitu menyekutukan Allah, derhaka kepada kedua ibu bapa dan ucapan dusta dan kesaksian dusta". Baginda mengulanginya berkali-kali sehingga kami berkata "mudah-mudahan baginda diam.” – (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment