Search This Blog

SIHAT & CANTIK HINDARILAH AMALAN YANG TIDAK DITUNTUT ISLAM

Sihat selalu diandaikan pada dalaman, seperti mental yang stabil dan jauh daripada penyakit yang nampak dan tidak nampak. Cantik pula selalu diletakkan pada fizikal seperti wajah dan tubuh yang jadi idaman semua. Memiliki kedua-duanya pada diri adalah suatu pakej yang melengkapkan lagi kehidupan manusia.
 
Sihat dan cantik memang dituntut, malah Rasulullah sendiri digambarkan sebagai individu yang sangat pembersih, kemas dan sedap mata memandang. Rasulullah pernah menggambarkan kecantikan agama Islam dalam hadis, "Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Riwayat Muslim & Tarmizi) Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan umatnya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah, seperti dalam firman-Nya, "Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke masjid (atau mengerjakan sembahyang), makanlah dan minumlah, dan jangan pula kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai akan orang-orang yang berlebih-lebihan (melampaui batas)." (Surah Al-A'raaf: 31)
 
Bagaimanapun dalam memenuhi tuntutan untuk tampil sihat dan cantik, ramai orang keliru dan tersalah pilih. Tidak kurang kemajuan perubatan mengambil kesempatan untuk memperkenalkan 'produk cantik segera' seperti pembedahan plastik dan Botoks yang menyalahi syarak.
 
Berikut antara batas yang perlu kita ketahui dalam usaha untuk jadi cantik sihat:
 http://tribun.patriotnews.net/wp-content/uploads/2010/08/suntik_botoks_wanita.jpg
1-Hindari produk yang ada elemen najis dan kotor. Untuk cantik dan sihat, ada yang sanggup berhabisan menyuntik bahan terlarang ke tubuh. Hati-hati kerana tidak semua selaras dengan syarak. Suntikan Botulinum Toxin Type A (dikenali sebagai Botoks) umpamanya, telah diputuskan oleh fatwa kebangsaan hal ehwal agama Islam Malaysia, sebagai haram kerana didapati mengandungi bahan meragukan dan bersifat najis, antaranya bahan daripada babi dan bahan tiruan yang memudaratkan.
http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTtxDG4fBzOb6fcWrS4Gl9NLVIRrH3QzkBeZ5eMWb7cEO2PCaxt6A
2-Tidak dibenarkan mengubah ciptaan Allah untuk tujuan cantik seperti bertatu dan cukur kening tanpa alasan wajar. Rasulullah bersabda, "Allah melaknati perempuan yang bertatu atau minta dibuat tatu, yang mencukur kening dan meminta dicukur kening mereka, perempuan yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah." (Hadis Thabarani dan Ibnu Mas'ud) Mengubah ciptaan Allah bermaksud mengubah ciptaan Allah yang telah sempurna pada pandangan umum kerana tidak berpuas hati dengan anugerah itu, bukan kerana memperbaiki atau memulihkan kecacatan. Mencabut bulu kening dan membuat bulu kening baru untuk menepati cita rasa sendiri dianggap haram. Jika mencabut bulu kening kerana bulu kening itu tumbuh berselerak dan tidak kemas, itu masih dibenarkan untuk menjaga kekemasan diri. Melukis tatu pada mana-mana anggota tubuh adalah amalan orang Arab jahiliah dan diharamkan Islam kerana amalan ini dianggap menyeksa dan menyakiti badan dengan menusuk jarum pada tubuh.
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSUr3NZgxyCkr6hcb3OvSFpVDryQMe0MECzEZ25grMeqTwr2QtHLw
3-Pembedahan kosmetik. Pembedahan kosmetik untuk tujuan nampak cantik semata-mata, amat dilaknati Allah dan Rasul kerana perbuatan ini dianggap mengubah ciptaan Allah tanpa alasan yang mengharuskannya. Bagaimanapun kata Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, "Jika punya kecacatan yang menjijikkan pandangan, seperti tumbuh daging tambahan yang boleh menimbulkan sakit jiwa dan perasaan, maka tidak berdosa berubat untuk menghilangkan kecacatan atau kesakitan yang boleh mengancam hidupnya. Kerana Allah tidak menjadikan agama buat kita ini dengan penuh kesukaran." (Al-Halal wal Haram Fil Islam)

No comments:

Post a Comment