Search This Blog

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Pejam celik pejam celik dah 41 tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... 

Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... 

Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Juga anak yang baik buat kedua ibubapa... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

Ahahaha ...

Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...

😝😱😱😱😝
Woiiittt... 
Dah tua lah... 
😅😭😭😭😅


CRAWLER CRANE TUMBANG DI MRR2

Gambar contoh pak google

Pagi tadi, sebuah 'crawler crane' yg sedang mengangkat 'casing pile' bagi kerja CBP wall di kawasan tinggi bersebelahan dengan MRR2 (Arah Ampang) telah hilang imbangan dan jatuh ke dalam MRR2. Ini menyebabkan 'crane boom' telah merentangi laluan utama MRR2 (Arah ke Ampang) dan menutupi 2 dari 3 lorong MRR2 (lorong perlahan dan  tengah). Keadaan ini menyebabkan gangguan trafik yang teruk kepada lalulintas MRR2.

Makluman dan bantuan daripada pihak PDRM & Bomba telah diperolehi bagi mengawal lalulintas di tapak. Pusat Kawalan Trafik LLM dan ITIS DBKL juga telah dimaklumkan bagi membuat hebahan kepada pengguna dan melencongkan trafik dari melalui kawasan ini. 

Pihak konsultan & kontraktor dalam proses mendapatkan kren bagi membuat pengalihan terhadap halangan di tapak.

So,  sekarang dah tengahari, aku pun tak pasti kren tumbang dah dapat dialihkan atau belum... Kalau korang nak lalu kawasan tu dapatkan info terkini,  kang kena harung kesesakan plak... Kalau aku dapat apa2 info aku update... 

Sekian, untuk makluman korang semua... Berhati-hati di mana jua anda berada... 

A SFRNFZL Giveaway


Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...

Tarikh Tamat :
21 Mac  2018

Saya suka berblogging kerana dengan menulis blog saya dapat menghilangkan tekanan... Sebagai seorang surirumah, saya juga boleh menambah pendapatan... 

Jangan lupa singgah jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest ... 

Untuk daftar SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAY

Yang nie plak untuk ulat2 buku... Banyak buku2 menarik + murah kat sini... Sila skodeng...