Search This Blog

Berita Baik Untuk Penjawat Awam Selangor


Tiga Berita Baik Untuk Penjawat Awam Selangor ... Wahhh ... Untung orang Selangor... Macam-macam dapat... Air free ada... Bas free pun ada; Bas Percuma Smart Selangor ... Jom tengok depa dapat... Baguh betul Kerajaan Selangor nie... 


Selaras dengan tema 'Membangun Smart Selangor Yang Peduli', Menteri Besar Dato' Seri Mohamed Azmin Ali pagi tadi mengumumkan 3 berita baik berikut dalam Rapat Ramadan kakitangan awam di SUK:

1. Bonus Hari Raya sebanyak 1.5 bulan gaji yang akan dibayar pada 1 Julai.

2. Kenaikan gaji sebanyak 2 kali pada tahun ini dengan kenaikan pertama pada Julai ini.

3. Kenaikan elaun perumahan untuk kakitangan Gred 41 ke bawah daripada RM180 kepada RM300 sebulan. 

Alhamdulillah... 
Tahniah Kerajaan Selangor... 
Tahniah rakyat Selangor... 

PRK KUALA KANGSAR & SUNGAI BESAR



Hari nie akan diadakan PRK di dua kawasan... Satu di Sungai Besar dan satu lagi di Kuala Kangsar... Kengkawan yang nak gerak ke sana atau sekitar nyer kena cepat ... Bukan ape jalan mesti sesak nyer lah ... Ape-ape pun hati-hati memandu ...


Di Kuala Kangsar, BN akan diwakili calonnya, Datin Mastura Mohd Yazid; calon PAS, Dr Najihatussalehah Ahmad, PAN diwakili Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, sementara calon Bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari ...

Sementara itu di PRK Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd Zohdi dengan calon PAS Dr Abdul Rani Othman dan calon AMANAH, Azhar Abdul Shukur ...

PRK kat kawasan nie diadakan berikutan kematian YB Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei yang lepas ...


Kepada pengundi-pengundi di Sungai Besar dan Kuala Kangsar , Selamat Mengundi, undilah dengan bijaksana demi kebaikan kita semua ... Demi masa depan anak cucu kita ...

Undilah PAS ...

Insyaallah ... Manusia merancang, Allah juga merancang, Sesungguhnya perancangan Allah yang terbaik ...