Search This Blog

PENGETAHUAN AM YANG WAJAR DIKONGSI




Hi ... Beberapa hari lepas ada dapat maklumat daripada rakan di wasap ... Rasa cam berguna sangat ... So, saya kongsi kan kat sini ... Untuk kegunaan saya dan kengkawan pada masa akan datang ... Jom baca ... Mende-mende nih selalu jugak jadi kat kita-kita nih ...

4 PENGETAHUAN AM yg wajar dikongsi:

1. Tersedak makanan, 
2. Salah bantal, 
3. Kram kaki, 
4. Kaki semut2 @ kebas

Insyaallah ...  Pengetahuan ini berguna utk kita dan dapat menolong orang lain ... Mungkin juga dapat menyelamatkan nyawa dengan izinNya ...

Caranya adalah seperti berikut:

1. Jika tersedak makanan

Hanya perlu “mengangkat tangan”. 

Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dgn bijaknya tlh menyelamatkan nyawa neneknya, dgn hanya perlu “mengangkat tangan”.

Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sinenek berusaha utk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bhgn perutnya, tp gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun  nenek tidak msmpu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bgtau  kaedah ini dipelajarinya di sekolah. 

Jadi cara menangani jika tersedak makanan hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Salah bantal

Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? 

Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Kram kaki

Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi,

Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

4. Kaki semut2 @ kebas

Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, 

ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jangan simpan saja maklumat ini ... Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain ... Semoga bermanfaat ...


Sumber : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

Famous Amos RM1

Jom serbu...


KEPENTINGAN AQIDAH DALAM PERJUANGAN ISLAM



1 Jelas matlamat perjuangan. 

2 Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T.

3 Merasai kemanisan iman dalam perjuangan. 

4 Tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan.

5 Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia.

6 Amanah dan bertanggungjawab dalam perjuangan.

7 Tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam.

8Dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam.

9 Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran.

10 Sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan.

11 Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

12 Tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan.


Pesan Sayyidina Umar al-Khattab : 

"Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah."

Perjuangan ini hendaklah didasari dengan aqidah. Tanpa aqidah maka perjuangan menjadi batil, sebagaimana orang-orang munafiq yang ikut Rasulullah dalam peperangan, tetapi mereka tiada Aqidah Islamiyyah. Perjuangan sebegini tidak diterima oleh Allah.

Aqidah yang lemah akan menyebabkan kita lemah dalam perjuangan. Kita akan mudah goyah dan juga akan mudah terpesong dengan kehendak-kehendak dunia yang sementara apabila aqidah kita tidak kukuh.

"KUKUHKAN KEFAHAMAN, PASAKKAN KEYAKINAN, TERUS BERISTIQAMAH"