Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #27 : MALAM PERTAMA

♭♫♪ Assalamualaikum ♭♫♪
Salam Jumaat semua  ...
~ MALAM PERTAMA ~

Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada bahagian perut dan kemaluan ... Subhanallah perut dan kemaluan adalah 2 perkara penting yang kita-kita duk sibuk jaga semasa di dunia ... Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman ... Setelah pelbagai sole kan dan alat2 kecamtikan semasa hayat di dunia ... Setelah meninggal dunia, manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja ...

~ MALAM KEDUA ~

Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati dan paru-paru akan mula membusuk ...

~ HARI KETIGA ~

Anggota-anggota tubuh muka mengeluarkan bau yang busuk ...

~ SETELAH SEMINGGU ~

Wajah dan mata muka membengkak ...

~ SETELAH 10 HARI ~

Proses pembusukan pada anggota tubuh terus berlaku ...

~ SETELAH 2 MINGGU ~

Rambut mulai gugur ... Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak jauh dan ulat-ulat mula menutupi seluruh tubuh ...

~ SETELAH 6 BULAN ~

Semua anggota telah tiada ... Yang tinggal cuma tulang sahaja ... 

~ SETELAH 25 TAHUN ~

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji dan di dalam biji tersebut, akan ditemui satu tulang yang sangat kecil yang dipanggil ‘AJBUDZ DZANAB’ (TULANG EKOR) ... Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah SWT pada hari kiamat ...

Wallahua'lam ...

SAHABAT2 YANG DIRAHMATI ALLAH, INILAH TUBUH YANG SELAMA INI KITA JAGA ... INILAH TUBUH YANG KITA BERBUAT MAKSIAT KEPADA ALLAH ... 
OLEH KERANA ITU, JANGAN BIARKAN UMUR & JASAD KITA DALAM 
KEADAAN SIA2 ...

JANJI ALLAH ADALAH BENAR ...

YA ALLAH, TETAPKANLAH HATI KAMI DI ATAS AGAMA-MU ... YA ALLAH, JADIKANLAH KUBURAN KAMI SEBAGAI SATU TAMAN DARI TAMAN2 SYURGA & JANGAN JADIKAN IANYA
SEBAGAI SATU LUBANG DARI LUBANG2 API NERAKA ...

AAMIINNN ...

Gangguan Bekalan Air Di Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) ingin menyangkal segala maklumat palsu yang tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial (Facebook) berhubung isu gangguan bekalan air yang akan berlaku di seluruh Selangor.
 
Tinjauan dan pemantauan pihak SYABAS mendapati bahawa, terdapat sesetengah pihak yang sengaja menimbulkan panic khususnya di kalangan pengguna di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur dengan menyatakan bahawa akan berlakunya gangguan bekalan air selama 36 jam di seluruh Selangor.
 
Ingin ditekankan bahawa maklumat yang tersebar ini TIDAK BENAR kerana gangguan selama 36 jam yang berlaku adalah merujuk kepada kerja kecemasan yang melibatkan pembaikan paip pecah di jajaran paip utama bersaiz 1200MM dari Loji Semenyih ke Bandar Bukit Mahkota, Sepang. Kerja kecemasan ini HANYA MELIBATKAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SEBAHAGIAN KAWASAN DI DAERAH HULU LANGAT DAN SEPANG SAHAJA.
 
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kerja kecemasan ini telah disiapkan sepenuhnya dan bekalan air telah dibuka semula kepada pengguna. Pihak SYABAS menjangkakan bekalan air di semua kawasan terlibat akan pulih sepenuhnya menjelang 8:00 pagi esok, 23 Januari 2014 seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SYABAS menerusi media massa pada 20 Januari 2015.
 
SYABAS menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat sebarang spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik di kalangan orang awamk hususnya kepada pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pengguna juga disaran untuk melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini.