Search This Blog

Curang ....

Hujung minggu lepas aku tolong Big Boss niaga kat Downtown Cheras ... Alhamdulillah, ok lah jugak. Ramai org keluar masuk kedai ... Ada yang beli, ada yang tak ... Macam2 ragam ... Ada sekali tu masuk ler couple ... Dr pemerhatian aku, aku rasa belum kawen ... Si perempuan nih pilihkan baju untuk Si Lelaki ... Si Lelaki x byk cakap, angguk jer ikut Si Perempuan ... Aku tak de ler kisah sangat, sekadar memerhati dari jauh ...  Setelah pemilihan dibuat, couple nih pun gamit ler aku nak buat pembayaran ... Aku pun ambil baju yang dah dipilih untuk dibungkus ... Sambil tu couple nih borak2 ... And aku dapat dengar dengan jelas perbualan dia orang "Nanti wife u tanya nak cakap ape ?" ... Aku yang tengah bungkus kan baju nih duk tunggu jugak jwpn Si Lelaki ... Tapi senyap sunyi jer ... Maybe dia orang dah sedar dia orang terlepas cakap ... So, betul lah ape yg aku assume, pasangan belum berkahwin, Si Lelaki dah ada isteri ... Dalam hati aku sumpah seranah couple nih ... Mujur x terkeluar jer ... Kenapalah kena curang ? Kesian Si Isteri ...

Ya Allah ...
Nauzubillah, mintak dijauhkan mende2 camnih berlaku dlm keluarga aku ... Aku sayang keluarga aku, aku sayang suami aku n aku sayang anak2 aku ...

<3"Ya Allah, kurniakanlah kami keluarga yang hasanah dan mawaddah yang Engkau redha padanya.."<3

Published with Blogger-droid v2.0.6

Poligami - Sunnah ...

"Rasulullah SAW sendiri mengkhabarkan kepada isteri baginda tika perlu keluar dan tika menyangka isteri baginda telah terlelap, baginda keluar melaksanakan perintah Allah dan tika kembali, Rasulullah SAW bertindak menjelaskannya kedudukan sebenar. Betapa baginda Rasulullah SAW seorang yang bijak mengendalikan emosi isterinya. Bukankah molek sunnah Rasulullah SAW ini juga turut digilai para suami, bukan semata-mata sunnah poligami sahaja?"
- lanjut dalam Resipi Hidup, Mingguan Wanita Bil 1495 (",)
- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.6