Search This Blog

Solat Dhuha


 
 
Ruang waktu dan waktu afdal
 
Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
 
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
 
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
Cara melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa yang disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “.
” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


 
  
* Coretanku
 
 
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
 
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
 
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadis yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
 
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
 
Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. Ameennn.

Wanita ...

Tercipta engkau dari rusuk lelaki.. Bukan dari kaki utk dialasi.. Bukan dari kepala utk dijunjung.. Tapi dekat dibahu utk dilindung.. Dekat jua di hati utk dikasihi.. Engkaulah wanita hiasan duniawi.. Engkaulah wanita istimewa.. Sedarilah insan istimewa.. Bahawa kelembutan bukan kelemahan.. Bukan jua penghinaan dari Tuhan.. Bahkan sbg hiasan kecantikan.

Bahagia Itu Apabila Membahagiakan ...

kata-hikmah-124.jpg
 
 
Bismillahirrahmanir rahim,

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,

Segala puji dan syukur hanya layak diberikan kepadaNya yang sentiasa membahagiakan kita di saat kita keseorangan, kesedihan, kebuntuan, kebimbangan dan kekeliruan.

SubhanaAllah, setiap kali kita merasa sedih kita akan mampu menitiskan air mata. Dan sedar atau tidak setelah itu kita akan merasa lega. Lega kerana segala curahan isi hati ini akhirnya berjaya ditafsirkan secara zahirnya. Batin kita terasa tenang setelah berjaya mengungkapkan kesedihan yg ditahan tatkala diuji dengan pelbagai cabaran yg sebenarnya ingin mendewasakan kita.

Wahai teman-temanku yg di kasihi,

Jika kita bersedih hati, tidak kira atas apa jua alasan sekalipun menangislah meminta tolong kepada Allah. Egomu takkan kurang sedikit pun di depan Pencipta segala yg ada di langit dan di bumi.

Kerana secara azalinya manusia itu bersifat lemah dan memerlukan pertolongan Khaliqnya yg Maha Kuat dan Sempurna.

Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.

Surah An-nisa (Ayat 28)

Allah, Dialah yang menciptakan kamu dari keadaan lemah, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah keadaan lemah itu menjadi kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) sesudah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang dikehendaki- Nya dan Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa

Surah Ar-Rum (Ayat 54)

Namun, begitu kita tidak boleh membiarkan diri kita yg lemah ini terus-menerus lemah. Jangan biarkan emosi mengawal fikiran.Tiada semangat untuk meneruskan kehidupan yg perjalanan mungkin masih jauh. Di sebalik kelemahan yg Allah ciptakan kepada kita Allah meniupkan kata-kata semangatNya dengan memujuk hati kita yg remuk-rendam:

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.

Surah Ali-Imran (Ayat 139)

Marilah kita sama-sama menjadi orang yg beriman.

Orang yg beriman sentiasa percaya bahawa setiap yg tertakdir untuknya pastinya ada hikmah.

Orang yg beriman itu percaya setiap aniaya yg dilakukan ke atasnya akan memperoleh pahala jika dia redha.
Orang yg beriman itu sentiasa tahu setiap apa yg dilakukannya di atas muka bumi ini akan dihisab, dipersoalkan dan dibayar setimpal dengan amal perbuatan.

Dan banyak lagi. Aku tak mampu tuliskan semuanya dek ceteknya pengetahuan serta terbatasnya ilmu jika nak dibandingkan ilmu Allah Yg Maha Mengetahui.

Aku belajar sesuatu hari ini.

Bahagia itu sebenarnya apabila kita mampu membahagiakan.

Hidup ini terasa indah dan tenang apabila mampu melihat seseorang itu tersenyum gembira mendapatkan apa yg kita berikan seadanya. Kegembiraan itu sememangnya anugerah Allah dan juga dengan izinnya. Kita hanyalah dijadikan asbab (penyebab) yang membuatkan seseorang itu gembira.

Berikanlah apa yg termampu, nasihat, senyuman kepada yang halal menerima, pertolongan tanpa diminta, hadiah atau apa sahaja. Jangan sampai membebankan. Kerana aku takut jika ianya membebankan, hilang ikhlasnya hati untuk memberi.

Berikanlah pemberian itu dengan sepenuh hati agar yang menerima itu juga akan menerima dengan hati. Aku sedang cuba, dan akan terus mencuba. Kerana aku sangat berharap jika dengan pemberianku yang tak seberapa ini mampu memberi ketenangan kepada hatiku yang gundah. Sudah pasti ketenangan itu terlalu mahal. Kerana ianya bukanlah barang yang boleh didapati di kedai-kedai. Pastinya ia dimiliki oleh Khaliqku yg Maha Penyayang.

Wahai teman-temanku yg disayangi,

Aku masih lagi bertatih-tatih mengejar hidayah ilahi, jika kalian melihat aku tergelincir dari landasannya cepat-cepat ingatkan aku bahawa aku salah.

Ya Allah berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepadaku, ibu bapaku, seluruh ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, guru-guruku, serta seluruh muslimin dan muslimat. Ya Allah jadikanlah kesudahan yg terbaik bagi penghidupan kami. Jauhilah kami dari seksaan kubur dan azab api nerakamu. Izinkanlah kami Ya Allah mengecapi manisnya syurgaMu.
Wallahua'lam