Search This Blog

Nusyuz ...

INFO: Di dalam kitab Nizam al-Usrah fil Islam menjelaskan perempuan nusyuz ialah perempuan yang meninggi diri daripada suaminya, meninggalkan perintahnya, menjauhkan diri daripadanya termasuk enggan berpindah bersama si suami, mengelak diri dari suaminya termasuk enggan melayani keperluan seks si suami atau menyebabkan suaminya marah. Prof. Dr Wahbah menjelaskan dua tanda isteri dianggap nusyuz. Pertama; melalui perbuatan dengan menjauhkan diri, bermasam muka dan bersikap degil atau enggan ketika dipanggil. Semua ini berlaku setelah sebelumnya dia bersikap mesra. Kedua; melalui perkataan seperti berinteraksi dengan suami dengan perkataan yang kasar, ia berlaku setelah sebelumnya dia bercakap lembut.

INFO: Bagi seorang suami pula, nusyuz bermaksud mengabaikan isteri dengan menghalang dirinya daripada isteri (tidak menggaulinya atau berkomunikasi dengannya), tidak memberi nafkah, menyakitinya dengan maki hamun atau memukulnya termasuklah kurang bercakap dan bermesra dengan isteri disebabkan usianya yang telah tua, susuk tubuhnya yang tidak lagi menarik, buruk akhlak, jemu atau ingin mencari yang lain. (Said Hawa, Asas fi at-Tafsir)

- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.6

Takdir Itu Milik Aku

Lama gila aku ambil masa baca novel nih ... Novel setebal 1055 mukasurat nih mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Dian Zara ...
***************
Dian Zara seorang yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Makcik nyer x henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Dian disuruh menjadi orang gaji. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidup nyer. Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarga menjadikannya angkuh dan sombong. Datin Munirah, ketamakan menjadikan dia lupa pada batas agama.
Memekiklah ! Meraunglah ! Menjeritlah ! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun ! Aku tidak akan berpaling lagi ! Hatiku sudah mati ! Mati buat kau ! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi ! Aku yang akan tentukan jalan hidupku ! Kerana Takdir itu milik aku ! ...
Published with Blogger-droid v2.0.6

Payung Merah ...

Anak dara ku bergaya ngan payung nyer ...
Dia pau uwan suruh beli ...

Published with Blogger-droid v2.0.6