Search This Blog

SALAM AIDILFITRI 2019


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Ceria tak bererti tiada duka.
😢😢😢 
Raya pertama tanpa Abah. Sayu sangat. Al-Fatihah.

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat anda semua ... Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...





Jangan Lupa Tambah Nilai Touch 'n Go


Syawal akan menjelma kurang seminggu lagi. Pasti semua sedang sibuk menguruskan hal masing-masing sekarang ni. Sudah semestinya ramai yang akan memulakan perjalanan menuju destinasi masing-masing tidak lama lagi.

Sebelum memulakan perjalanan, jangan lupa tambah nilai Touch 'n Go anda di mana-mana Kiosk Tambah Nilai (SSK).


Sebagai memastikan kelancaran lalulintas, laluan tambah nilai akan ditutup di sepanjang lebuh raya PLUS semasa Aidilfitri ini.

So, lebih baik lah korang semua top up dulu kad korang sebelum memulakan perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Ingatkan tak payah bayar tol dah raya tahun nie. Harapan palsu sungguh lah. Ish ish ish.

"Menjaga anda setiap perjalanan"
#IkhlasDaripadaPLUS

Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah


Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Al Fatihah

‎بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum.

Sultan Ahmad Shah, 89, merupakan ayahanda kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda menyerahkan takhta kepada Al-Sultan Abdullah pada 12 Januari lalu.

Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diputerakan pada 24 Oktober 1930 di Istana Mangga Tunggal, Pekan dan merupakan anakanda ketiga Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah dengan Almarhumah Tengku Ampuan Besar Pahang Raja Fatimah Sultan Iskandar Shah.

Almarhum dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang pada 7 Mei 1974, dua hari selepas kemangkatan ayahanda baginda, selain pernah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada tahun 1956, 1959 dan 1965 kerana sultan berada di luar negara.


Baginda juga pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh bermula 26 April 1979 hingga 25 April 1984.