[la.lai] | لالاي
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua lalai bermaksud tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu; terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka.
Kita sebagai manusia tidak banyak sedikit mesti pernah terlalai. Ustaz Pahrol Mat Juoi telah menerangkan berkenaan isu LALAI.
Tanda-tanda lalai
1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8. Tidak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram
Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran. Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.
وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai dari mengingat Allah.
[Al-A’raaf, 7: 205]
Akibat lalai :
1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama
3. Hilang fokus dalam hidup
4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.
Sebab-sebab lalai :
1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )
Cara-cara untuk atasi :
1. Cari sahabat yang baik
2. Hadiri majlis ilmu
3. Bangun malam dan solat
4. Banyakkan zikir
5. Rajin baca quran
6. Bersangka baik dengan org lain.
Sumber :
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...
Semoga bermanfaat buat kita semua ...
*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*