Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #73 | HIDUP DALAM KELALAIAN

Image result for Lalai

[la.lai] | لالاي
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua lalai bermaksud tidak hati-hati atau tidak sungguh-sungguh melakukan sesuatu; terlalu asyik akan sesuatu sehingga terlupa atau tidak sedar akan hal-hal lain; leka. 

Kita sebagai manusia tidak banyak sedikit mesti pernah terlalai. Ustaz Pahrol Mat Juoi telah menerangkan berkenaan isu LALAI. 



Tanda-tanda lalai 

1. Kurang membaca Al Quran
2. Kurang berzikir
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. Banyak membuang masa; untuk hiburan
5. Kurang atau malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6. Memanjang sibuk dengan urusan dunia; mudah stress
7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam
8. Tidak berhati-hati dengan perkara yang syubhah dan haram

Ada juga Ustaz sebut; jarak antara hati kita dengan ketenangan, ibarat 'jarak' kita dengan Al Quran. Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. 


وَلَا تَكُنْ مِنَ الْغَافِلِينَ
Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai dari mengingat Allah.

[Al-A’raaf, 7: 205]
Akibat lalai :

1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca quran
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama 
3. Hilang fokus dalam hidup
4. Mudah lesu dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada.

Image result for sIBUK URUSAN DUNIA

Sebab-sebab lalai :

1. Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman
2. Berkawan dengan orang-orang yang lalai
3. Berada dalam persekitaran 'rosak' (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. Tidak berzikir
5. Terjerat dalam perancangan-perancangan licik musuh Islam (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )

Cara-cara untuk atasi :

1. Cari sahabat yang baik
2. Hadiri majlis ilmu
3. Bangun malam dan solat
4. Banyakkan zikir
5. Rajin baca quran
6. Bersangka baik dengan org lain. 


Sumber :
nyaimariani


*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...


*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*

Nasyid Ma'al Hijrah


Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
 

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan

Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..

SALAM MAAL HIJRAH 1439 H


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1439H kepada seluruh umat Islam ...

Semoga dengan kedatangan tahun baru ini kita dapat memperbaiki amalan kita supaya menjadi yang terbaik daripada sebelumnya ... Semoga tahun baru ini lebih baik daripada tahun-tahun yang sebelumnya ... 

Sesungguhnya ketika tibanya tahun baru hijrah mengingatkan kita kepada sejarah penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dari Makkah ke Kota Madinah ... Sejarah Hijrah Rasullullah yang menyatukan Muhajirin dan Ansar, yang sememangnya berlainan latar belakang malah agama ... Tetapi dengan semangat memperjuangkan kebenaran maka dua kaum ini bersatu ...

Di kesempatan ini juga, saya menyusun jari sepuluh andaikata saya ada terkata secara sengaja ataupun tidak ... Malahan saya ingin memohon maaf andaikata gurau senda & kata2 saya selama ini mengguris hati & perasaan anda semua ... Saya berharap anda semua dapat memaafkan saya ...

Terima kasih juga kerana sentiasa hidup saling bermaafan, saling tegur menegur, saling berkongsi ilmu yang bermanfaat, agar tiada hasad dengki khianat, serta tidak sombong diri ...

Selamat menyambut Tahun Baru Maal Hijrah ...

INFO

Tema sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1439H / 2017M adalah Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara ... 

Doa akhir tahun (1438H) dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (akhir waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1438 Hijrah bersamaan 21 September 2017


Doa awal tahun (1439H) pula dibaca selepas menyempurnakan fardhu Maghrib pada 29 Zulhijjah 1438 Hijrah bersamaan 21 September 2017 dan boleh juga dibaca pada 1 Muharram 1439 Hijrah bersamaan 22 September  2017 selepas menyempurnakan fardhu Maghrib ...


Sumber : mysumber.com