Search This Blog

[BOOKCAFE] JUALAN KILAT SELAMATKAN POKET


BOOKCAFE akan mengadakan jualan sempena menyambut Hari Malaysia... 


14 September 2017: 
FLASH SALE RM1, RM2, RM3

15 September 2017: 
GIVEAWAY BUKU PERCUMA

16 September 2017:
FREE SHIPPING SELURUH MALAYSIA

==========
FLASH SALE
==========

1. Tawaran meleleh RM1, RM2, RM3 untuk buku terpilih.

2. Ada 15 tajuk & setiap tajuk terhad untuk 5 naskhah sahaja.

3. Link pembelian hanya dibuka tepat pada jam 11 pagi, 14 September 2017.

4. Siapa cepat, dia dapat.

5. Satu pembeli hanya boleh beli satu naskhah sahaja bagi setiap tajuk.

FLASH SALE RM1

1. Tun M: Inilah Perjuangan
2. Riyadus Solihin
3. Presiden Trump Penjahanam Amerika?
4. Kipidap: Ayahanda Rani Kulup
5. Saiful Nang: Mat Jenin Sebenarnya Hero

FLASH SALE RM2

1. 77 Resipi Istimewa Pressure Cooker
2. Idea Bekal ke Pejabat: Menu Ala Barat
3. Resipi Alergi: Tanpa Telur & Bahan Tenusu
4. Maryam Anak Syurga
5. 365 Tip Mendidik Anak Soleh dan Solehah

FLASH SALE RM3

1. Atlas Perang Salib
2. Travelog Umrah DIY
3. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
4. Fiqh Kewangan Islam
5. Tuhan Aku kembali

==========
GIVEAWAY
==========

1. Buku percuma untuk 15 orang pemenang. 

2. Cara untuk menang buku percuma akan diumumkan pada 15 September 2017.

3. Peluang untuk menang ini dibuka selama 5 jam sahaja (10 pagi - 3 petang).

4. Pemenang akan dipilih secara rawak.

==========
FREE SHIPPING 
==========

1. Waktu free shipping selama 16 jam sahaja, bermula jam 8 pagi, 16 September 2017

2. Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dengan pembelian minimum RM60.

3. Penghantaran percuma menggunakan Poslaju & KTMD sahaja.

Kengkawan Yang Berminat

SELAMAT HARI MALAYSIA 2017


SELAMAT HARI MALAYSIA untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan Hari Malaysia ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...


Sedikit info saya kongsikan untuk ingatan kita bersama ... Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963 ... Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia ...
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6 ... Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama ... Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak ...

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Mencari Nilai Hari Malaysia
Semoga Malaysia sentiasa aman dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi ...

PUSAT TAHFIZ TERBAKAR, LEBIH 20 TERKORBAN


Terkejut masa dapat tau berita nih... Ya Allah, sedih nyer... Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman ... Semoga keluarga redha dan tabah menghadapinya ... Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah...

AL-FATIHAH
ﺑِــــــــــﺴْﻢِ ﺍﻟَّﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـﻢ*
ﺃٌﻟﺤَﻤْﺪُﻟِﻠَّﻪِ ﺭَﺏِ ﺍٌﻟْﻌَﻠَﻤِﻴﻦَ *
ﺍٌﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍٌﻟﺮَّﺣِﻴْﻢِ *
ﻣَﻠِﻚِ ﻳَﻮْﻡِ ﺍٌﻟﺪِّﻳْﻦِ *
ﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﻌْﺒُﻮْﺩُ ﻭَﺇِﻳَّﺎﻙَ ﻧَﺴْﺘَﻌِﻴْﻦُ *
ﺇٌﻫْﺪِﻧَﺎ ﺍﻟﺼِّﺮَﻁَ ﺍٌﻟْﻤُﺴْﺘَﻘِﻴْﻢُ*
ﺻِﺮَﻁَ ﺍٌﻟَّﺬِﻳْﻦَ ﺃَﻧْﻌَﻤْﺖَ ﻋَﻠَﻴْﻬِّﻢْ*
ﻏَﻴْﺮِﺍٌﻟْﻤَﻐْﺾُﺏِ ﻋَﻠَﻴْﻬِﻢ*
ْ ﻭَﻻَ ﺍٌﻟﻀَّﺂﻟِّﻴﻦَ*
ﺁﻣِـــــــــﻴﻦ*

Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.
Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.
Bomba berkata, 20 mangsa dilaporkan cedera manakala tiga kritikal. Mereka kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Polis menutup laluan di Jalan Keramat Hujung, yang menghubungkan Jalan Pasar Keramat ke Bukit Pawang, susulan kejadian berkenaan.

Sumber