Hasil pertapaan aku minggu lepas, ada ilmu baru yang aku dapat... Malah aku dapat pulih kan balik ingatan aku pasal susu ibu... Jom lah baca...
POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA
Semua ibu digalakkan menyusui anak mereka dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan... Dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun... Dalam tempoh ini, bayi diberi susu ibu sahaja, tidak perlu air atau susu selain susu ibu... Bayi juga tidak perlu makanan atau bijirin bayi...
Alhamdulillah... Anak2 aku kecuali Abang Long, yang lain Abang Ngah, Kakak dan Putra berjaya aku beri susu ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun... Syukur sangat sangat dengan rezeki yang satu ini...
KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU
Kepada Bayi
Kepada Bayi
- mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
- mudah dihadam dan sentiasa pada suhu yang tetap
- menggalakkan tumbesaran yang sihat dan mengurangkan risiko kurang berat badan
- memberi perlindungan kepada bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
- tidak perlu dibancuh dan sedia diminum
- mengurangkan risiko cirit-birit dan sembelit, kematian mengejut, jangkitan telinga dan pneumonia, penyakit saluran pernafasan, diabetes dan obesiti
Kepada Ibu
- mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
- membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah
- mengurangkan risiko mendapat kanser payudara & ovarimempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman
- boleh menjarakkan kehamilan sehingga 6 bulan pertama selepas bersalin
- mengurangkan tekanan selepas bersalin
- mengurangkan risiko kerapuhan tulang di kemudian hari
- susu ibu sedia diminum, tidak perlu dibancuh
- menjimatkan, tidak perlu dibeli
Masih ada antara kita yang mak mak nie tak pasti mengapa bayi mereka menangis ... Aku pun kadang-kadang confuse jugak ... ehh... Bayi nih nangis sebab apa ? Ngantuk ? Lapar ? Sakit ? Masalah nie agak mencabar terutama bagi mereka yang baru nak menjadi ibu ... Korang kena bersedia mental dan fizikal tau bila dah nak jadi mak ... Korang boleh mengenal pasti tanda-tanda awal bayi tu nak menyusu... bila dah nampak tanda-tanda tu cepat-cepat lah susukan baby korang sebelum dia orang menangis ... Nanti dengan korang-korang sekali nangis plak ... Memula memang agak kelam kabut ... Tapi dah lama-lama nanti, Insyaallah akan ok ...
Tanda-Tanda Bayi Ingin Menyusu
Tanda-Tanda Bayi Ingin Menyusu
- Pergerakkan mata yang kerap semasa mata bayi masih tertutup
- Mulut dibuka, lidah dijelir dan kepala menoleh-noleh mencari payudara
- Bunyi merengek
- Menghisap dan menggigit tangan, jari, selimut, kain, atau objek yang dekat dengan bibir
- Bayi menangis dengan kuat, menggeliatkan badannya
Kalau bayi dah kenyang nanti bayi akan melepaskan puting payudara ... Mak mak mesti perasan masa sebelum menyusu tu badan bayi agak tegang, tapi bila bayi dah kenyang badan bayi akan lebih relaks ... Sesetengah bayi akan berterusan menghisap sehingga tertidur ... Biasa nyer aku akan bagi bayi tidur agak nyenyak dulu, baru lah aku lepaskan puting payudara dari mulut bayi ... Selamat mencuba lah mak mak semua, semoga berjaya dan jangan mudah putus asa ...
Kebetulan masa aku tengah bertapa ari tu ada plak yang tengah jalan kan audit pasal susu ibu kat klinik tu ... Banyak jugak lah maklumat aku berjaya korek-korek daripada dia orang... Nanti aku kongsi kan lagi next entry eak ...
Kebetulan masa aku tengah bertapa ari tu ada plak yang tengah jalan kan audit pasal susu ibu kat klinik tu ... Banyak jugak lah maklumat aku berjaya korek-korek daripada dia orang... Nanti aku kongsi kan lagi next entry eak ...
Sumber :
Unit Pemakanan
Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
Unit Pemakanan
Pejabat Kesihatan Daerah Gombak