Search This Blog
PARALIMPIK RIO 2016 RAIH EMAS
Tahniah diucapkan kepada atlit Paralimpik Malaysia 2016 ... Anda amat membanggakan rakyat Malaysia ...
Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mencipta sejarah negara apabila berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy) di Paralimpik Rio, Brazil ... Mohamad Ridzuan mencatat masa 12.07 saat ...
Muhammad Ziyad Zolkefli meraih emas kedua buat kontinjen Malaysia ... Lebih membanggakan lontaran peluru sejauh 16.84 meter telah mencipta rekod dunia dalam cubaannya yang kelima ...
Abdul Latif Romly menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter ...
Wahhh, hebat sangat nih ... Tak dapat bayangkan kegigihan dia orang nie berlatih ... Kuat dia orang nie, mesti pelbagai ujian dan cabaran dah dilalui ... Kesabaran membuahkan hasil yang amat membanggakan ...
Tahniah Bro ...
Sumber Gambar :
Astro Awani
Salam Aidil Adha 2016
Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer, tak balik kampung pun ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...
Saat berderai jatuh
Titisan air mata suci IBRAHIM
Melihatkan keteguhan iman
Anaknya ISMAIL
Dikala itulah bermula
Sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...
Di sini saya kongsikan sedikit maklumat untuk ingatan kita bersama ...
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji ... Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ... Merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia ... Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri ... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban ... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah ...
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)