Search This Blog

Harga Minyak Mei 2016

Hehehe ... Mesti ramai yang menunggu... Mesti ramai yang tertanya-tanya... Naik ker... Turun ker ... Hah nie, MakCik nak umum harga minyak untuk bulan Mei 2016; Harga runcit RON95, RON97 & diesel bagi bulan Mei 2016 kekal. Masing-masing pada harga RM1.70, RM2.05 & RM1.55 seliter ... Alhamdulillah ...

#alhamdulillah
#SyukurMalaysiaMasihAman
#Mei2016


PENGETAHUAN AM YANG WAJAR DIKONGSI




Hi ... Beberapa hari lepas ada dapat maklumat daripada rakan di wasap ... Rasa cam berguna sangat ... So, saya kongsi kan kat sini ... Untuk kegunaan saya dan kengkawan pada masa akan datang ... Jom baca ... Mende-mende nih selalu jugak jadi kat kita-kita nih ...

4 PENGETAHUAN AM yg wajar dikongsi:

1. Tersedak makanan, 
2. Salah bantal, 
3. Kram kaki, 
4. Kaki semut2 @ kebas

Insyaallah ...  Pengetahuan ini berguna utk kita dan dapat menolong orang lain ... Mungkin juga dapat menyelamatkan nyawa dengan izinNya ...

Caranya adalah seperti berikut:

1. Jika tersedak makanan

Hanya perlu “mengangkat tangan”. 

Di Atlantic City, New Jersey, AS, seorang anak berusia 5 tahun bernama A'Zir Spence dgn bijaknya tlh menyelamatkan nyawa neneknya, dgn hanya perlu “mengangkat tangan”.

Satu hari, Shirldine Stewart berusia 56 tahun sedang menonton TV di rumahnya sambil makan jelly. Cucunya Spence turun ke bawah untuk menanyakan sesuatu kepadanya.Ketika nenek memalingkan muka untuk memandang cucunya, sepotong jelly tersangkut di kerongkongnya. Sinenek berusaha utk melepaskan jelly yg tersekat dengan menekan bhgn perutnya, tp gagal. Spence lalu bertanya: “Nek! nenek tersedak ke?”, namun  nenek tidak msmpu menjawab. “Saya rasa nenek tersedak. Nek! Cepat naikkan tangan nenek!” Nenek Stewart lalu mengangkat tangan di atas kepalanya dan ternyata jelly itu keluar dari kerongkongannya. Spence bgtau  kaedah ini dipelajarinya di sekolah. 

Jadi cara menangani jika tersedak makanan hanya perlu “mengangkat tangan”.

2. Salah bantal

Kadangkala ketika bangun tidur, kita dapati telah tersalah bantal, iaitu merasa sakit di sekitar tengkuk & belikat. Apa yang harus dilakukan ketika salah bantal? 

Ketika merasa salah bantal, kita hanya perlu mengangkat kaki shj, kemudian tarik ibu jari kaki dan picit dengan memutar kearah atau berlawanan arah jarum jam.

3. Kram kaki

Ketika kram kaki kiri, angkat tangan kanan tinggi-tinggi,

Dan ketika kram kaki kanan, angkat tangan kiri tinggi-tinggi, segera akan terasa lebih selesa.

4. Kaki semut2 @ kebas

Ketika kaki kiri semut2, goncang @ ayun telapak tangan kanan dengan sekuat tenaga, 

ketika kaki kanan semut2, goncang @ ayun telapak tangan kiri dengan sekuat tenaga...

Jangan simpan saja maklumat ini ... Siapa tahu kita mungkin dapat membantu orang lain ... Semoga bermanfaat ...


Sumber : FB Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah