Jom serbu...
Search This Blog
KEPENTINGAN AQIDAH DALAM PERJUANGAN ISLAM
1 Jelas matlamat perjuangan.
2 Supaya perjuangan benar-benar ikhlas kerana Allah S.W.T.
3 Merasai kemanisan iman dalam perjuangan.
4 Tidak mudah kecewa dan berputus asa dalam perjuangan.
5 Supaya tidak menjadikan perjuangan sebagai tempat mencari habuan dunia.
6 Amanah dan bertanggungjawab dalam perjuangan.
7 Tidak mudah goyah apabila diserang oleh pihak musuh Islam.
8Dapat lari daripada menjadi pengkhianat terhadap perjuangan Islam.
9 Supaya tahan dalam menerima ujian dan cabaran.
10 Sentiasa muhasabah diri dalam perjuangan.
11 Sentiasa berusaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
12 Tidak mencampur-adukkan antara Islam dan jahiliah, iman dan kufur, dosa dan pahala, ibadat dan maksiat dalam perjuangan.
Pesan Sayyidina Umar al-Khattab :
"Kamu hendaklah takut kepada dosa kamu sendiri berbanding musuh. Jika kamu mati di tangan musuh maka hanya jasad bercerai daripada roh sedangkan jika kamu mati dengan dosa maka ia akan kamu bawa ke akhirat. Orang kafir itu dikalahkan disebabkan kederhakaan mereka terhadap Allah. Sekiranya kamu umat Islam pun turut derhaka maka kamu tidak akan dibantu oleh Allah."
Perjuangan ini hendaklah didasari dengan aqidah. Tanpa aqidah maka perjuangan menjadi batil, sebagaimana orang-orang munafiq yang ikut Rasulullah dalam peperangan, tetapi mereka tiada Aqidah Islamiyyah. Perjuangan sebegini tidak diterima oleh Allah.
Aqidah yang lemah akan menyebabkan kita lemah dalam perjuangan. Kita akan mudah goyah dan juga akan mudah terpesong dengan kehendak-kehendak dunia yang sementara apabila aqidah kita tidak kukuh.
"KUKUHKAN KEFAHAMAN, PASAKKAN KEYAKINAN, TERUS BERISTIQAMAH"
TAZKIRAH JUMAAT #55 | BERSEGERA KE MASJID
Bersegera Ke Masjid Untuk Solat Jumaat
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ اغْتَسَلَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ غُسْلَ الْجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الْخَامِسَةِ فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً فَإِذَا خَرَجَ الْإِمَامُ حَضَرَتْ الْمَلَائِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam. Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu)."
(HR Muslim No: 1403)
Pengajaran:
1. Mandi membersihkan diri dengan sempurna sebelum pergi ke masjid untuk solat Jumaat adalah dituntut.
2. Bersegera pergi ke masjid pada hari Jumaat untuk mengerjakan solat Jumaat adalah suatu yang digalakkan.
3. Ganjaran pahala orang yang datang awal ke masjid tidak sama dengan orang yang datang kemudian.
4. Malaikat mencatat setiap orang yang masuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat dan akan berhenti mencatat apabila imam mula berkhutbah.
Jom ... Abang-abang Pakcik-pakcik semua ... Jom kita bersegera ke masjid untuk solat Jumaat dan semoga nama kita tercatat dalam catatan malaikat ... Insyaallah ...
Subscribe to:
Posts (Atom)