Search This Blog
Jom Makan Buah !
Aku suka makan buah ... Korang pun mesti suka ... Buah-buahan penting dalam menu pemakanan harian untuk menjaga keseimbangan sistem tubuh kita ... Disebalik rase nyer yang teramat sedap, buah-buahan sebenar nyer mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan kita ... Jadi jom kita teruskan amalan memakan buah-buahan untuk sihat ... Meh aku terang kan skit kelebihan buah-buahan nih ...
KIWI
Buah yang sangat kecil tapi gagah ... Mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin c berbanding oren serta mempunyai dua kali ganda vitamin e berbanding avokado ... Kalori plak hanya separuh berbanding ngan buah-buahan lain ...
STRAWBERI
Warna merah pada buah strawberi yang sudah masak ada sebab nyer ... Buah ini juga mempunyai khasiat yang sangat banyak dan menyimpan nutrisi yang luar biasa ... Buah nie kaya dengan serat, rendah kalori dan mengandungivitamin c ... Dikatakan strawberi juga mampu menurunkan kadar kolestrol dalam badan kita ...
EPAL
memakan sebiji epal atau meminum jus nyer setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan ... Aku biasa nyer memang ada stok buat epal dalam peti ais ... Kalau terasa lapar tengah malam tu memang akan ngap buah epal sebiji ... Kalau kanak-kanak yang suka makan makanan segera seelok nyer memakan buah epal coz buah nie dapat menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku nyer pembentukan lemak dalam badan ...
OREN
Mengambil dua atau empat biji oren sehari boleh menjauhkan selsema ... Mengurangkan kolestrol, mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang ... Buah oren memang terkenal dengan vitamin c nyer ... Juga mengandungi karbohidrat, kalsium dan mineral ... buah oren juga mengandungi serat yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal ... Aku lagi suka air nyer nak dibandingkan dengan buah nyer ... Nyaman nyer lah tekak kalau panas-panas dapat minum fresh orange ...
TEMBIKAI
Buah yang popular pada musim panas dan bulan puasa ... Makan buah nie dapat menghilangkan dahaga ... Buah tembikai terdiri daripada 92% air ... Buah nie jugak mengandungi vitamin a, kukurbisitrin yang berkesan mengubati masalah ginjal dan salur kencing ... Ia mengandungi sejenis gula dan garam yang berkesan melawaskan proses pembuangan air kecil dan merawat masalah ginjal ... Buah nie memang wajib ada kalau bulan puasa ... Rase tak lengkap jer kalau buah nie takde waktu nak berbuka tu ...
BUAH NAGA
Buah naga mengandungi 80% air dan kandungan vitamin c yang tinggi berbanding tembikai dan epal ... Buah nie ada dua jenis; merah dan putih ... Buah naga merah sangat baik untuk memperbaiki penglihatan mata kerana kandungan karotenoid nyer yang tinggi ... ia juga baik untuk sistem penghadaman dan peredaran darah ... Buah ini juga menggalakkan tindak balas yang memberansangkan untuk mengurangkan tekanan emosi ... Putra suka sangat buah naga merah ... Dia boleh habis kan sebiji tu sorang jer ... Tapi kena pandai pilih jugak, kalau kena yang tak manis aku tak suka ...
Ada banyak lagi buah-buahan yang berkhasiat ... Masing-masing ada khasiat tersendiri ... Tak larat plak aku nak ulas ... Panjang benar plak entri nie nanti ... Nantilah, kalau aku rajin, aku sambung lagi entry nie lain kali ...
JOM MAKAN BUAH !!!
Pssttt ... Aku suka buah mangga sebenar nyer ...
Subscribe to:
Posts (Atom)