Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #48 | USAH BERSEDIH


1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"


Subhanallah ... Masyaallah ... Allahuakbar ...

Nampak macam senang kan ... Tapi bila kena kat diri sendiri baru tau ... Mesti akan terdetik jugak "KENAPA AKU ?" tu ... Serius ... Tapi tulah ... Tak pe kalau nak bersedih ... Tak pe kalau nak menangis tapi jangan lama-lama ... Banyak kan berdoa mohon petunjuk dan pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa ...

Wallahua"lam ...

Derma Darah


Darah adalah cairan merah yang mengalir dalam tubuh kita ...Darah akan mengangkut oksigen dan nutrisi ke sel dalam badan kita ... Darah jugak mengawal suhu tubuh kita agar sentiasa stabil ... Darah amat penting ... Namun kesedaran untuk menderma darah di kalangan masyarakat kita masih kurang ... Antara kengkawan semua, sape yang pernah menderma ??? Sila angkat tangan ...

Proses Derma Darah 

1. Mula-mula korang mesti lah kena isi borang dulu ... Pegawai yang bertugas akan membantu jika terdapat kesulitan ...

2. Kengkawan nanti akan ditanya beberapa soalan tentang kesihatan dan sejarah menderma ...

3. Kumpulan darah korang akan dikenal pasti sama ada AB, A, B atau O ... Lepas tu mesti lah kena periksa suhu badan, tekanan darah, denyut nadi dan kadar hemoglobin ...

4. Korang yang betul-betul layak sahaja yang akan dibenarkan menderma ... Korang akan dibaringkan di atas kerusi dan lengan korang akan dibersihkan ...

5. Proses menderma hanya mengambil masa 10 minit hingga 15 minit ...

6. Setelah selesai nanti korang akan diberi makanan dan minuman ringan dan dibenarkan pulang ...

Mudah jer kan ... Tak lama pun ...
Haaa ... Cam ner ? Dah terbuka hati nak menderma ?
Ehhh, nanti dulu ... Sebelum tu kena lah tahu kriteria-kriteria yang membolehkan korang-korang menderma darah ... Bukan main taram jer ...

* Hendaklah berumur 18 tahun hingga  65 tahun ke atas 

*Sihat 

* Berat badan 45kg ke atas 

* Kadar hemoglobin 12.5g ke atas 

* Tidak mengambil antibiotik dalam masa dua minggu 

* Tidak menerima vaksinasi dalam masa tiga minggu 

* Boleh menderma selepas 3 hari haid 

* Tidak minum minuman berakohol hingga mabuk

* Tidak menyusukan anak

*Tidur sekurang-kurang nyer 5 jam 

Haaa ... Korang layak tak ?
Kalau korang demam, hamil atau haid korang tak leh menderma tau ... Kengkawan yang baru lepas menjalani rawatan atau pembedahan pun tidak boleh menderma ... Selain tu sape-sape yang terlibat dengan aktiviti bertukar-tukar pasangan, terlibat dengan seks rambang, melanggan pelacur, mengamalkan hubungan sejenis atau mengambil dadah secara suntikan dilarang keras menderma darah ...

So, sebelum menderma darah, kena lah betul-betul pastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik ... 


Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berhadapan dengan masalah kekurangan darah ... Bekalan darah sering gagal menampung keperluan darah terutama nyer di waktu-waktu kritikal ... Satu unit darah dapat menyelamatkan nyawa penerima nyer ...

So, ape lagi kengkawan ... Jom Derma Darah ...