Darah adalah cairan merah yang mengalir dalam tubuh kita ...Darah akan mengangkut oksigen dan nutrisi ke sel dalam badan kita ... Darah jugak mengawal suhu tubuh kita agar sentiasa stabil ... Darah amat penting ... Namun kesedaran untuk menderma darah di kalangan masyarakat kita masih kurang ... Antara kengkawan semua, sape yang pernah menderma ??? Sila angkat tangan ...
Proses Derma Darah
1. Mula-mula korang mesti lah kena isi borang dulu ... Pegawai yang bertugas akan membantu jika terdapat kesulitan ...
2. Kengkawan nanti akan ditanya beberapa soalan tentang kesihatan dan sejarah menderma ...
3. Kumpulan darah korang akan dikenal pasti sama ada AB, A, B atau O ... Lepas tu mesti lah kena periksa suhu badan, tekanan darah, denyut nadi dan kadar hemoglobin ...
4. Korang yang betul-betul layak sahaja yang akan dibenarkan menderma ... Korang akan dibaringkan di atas kerusi dan lengan korang akan dibersihkan ...
5. Proses menderma hanya mengambil masa 10 minit hingga 15 minit ...
6. Setelah selesai nanti korang akan diberi makanan dan minuman ringan dan dibenarkan pulang ...
Mudah jer kan ... Tak lama pun ...
Haaa ... Cam ner ? Dah terbuka hati nak menderma ?
Ehhh, nanti dulu ... Sebelum tu kena lah tahu kriteria-kriteria yang membolehkan korang-korang menderma darah ... Bukan main taram jer ...
* Hendaklah berumur 18 tahun hingga 65 tahun ke atas
*Sihat
* Berat badan 45kg ke atas
* Kadar hemoglobin 12.5g ke atas
* Tidak mengambil antibiotik dalam masa dua minggu
* Tidak menerima vaksinasi dalam masa tiga minggu
* Boleh menderma selepas 3 hari haid
* Tidak minum minuman berakohol hingga mabuk
* Tidak menyusukan anak
*Tidur sekurang-kurang nyer 5 jam
Haaa ... Korang layak tak ?
Kalau korang demam, hamil atau haid korang tak leh menderma tau ... Kengkawan yang baru lepas menjalani rawatan atau pembedahan pun tidak boleh menderma ... Selain tu sape-sape yang terlibat dengan aktiviti bertukar-tukar pasangan, terlibat dengan seks rambang, melanggan pelacur, mengamalkan hubungan sejenis atau mengambil dadah secara suntikan dilarang keras menderma darah ...
So, sebelum menderma darah, kena lah betul-betul pastikan tahap kesihatan berada pada tahap yang baik ...
Pusat Darah Negara dan tabung darah di hospital seluruh negara sering berhadapan dengan masalah kekurangan darah ... Bekalan darah sering gagal menampung keperluan darah terutama nyer di waktu-waktu kritikal ... Satu unit darah dapat menyelamatkan nyawa penerima nyer ...
So, ape lagi kengkawan ... Jom Derma Darah ...