Search This Blog

Alhamdulillah, Selamat Sampai


Alhamdulillah ... Abah dan Mak dah selamat sampai ...
Dah settle #umrah2015 ... Depa sampai 28/12 ari Isnin ... Kami adik beradik menyambut ketibaan mereka kat KLIA ... Aku tunggu dalam kete jer ... Malas nak masuk parking ... Sihat jer semua nyer cuma Mak ada batuk-batuk skit ... Penat tu memang nyer lah ...

Budak tak sabar jumpa AtokUwan


Hahaha ... Tunggu tepi jalan dulu ...

Harap-harap aku n bigboss pun berpeluang menjadi tetamu Allah ...



Terima kasih wahai ibuku ... Terima kasih isteriku ...

Haaa ... Jom baca nie kejap ...
Sorry phone aku tak leh nak print screen plak ...



Ebit Lew
Malam-malam ini ingin saya berkongsi kepada semua orang lelaki baik pun wanita...
Saat kita lihat isteri bersalin biasa atau pembedahan, tiada ungkapan yang terkeluar dan datang dalam fikiran saya ialah berlemah lembutlah dengan wanita dan teramat-amat zalim seseorang yang mengkasari ibu, isteri, atau wanita yang lepas bersalin.....
Sayangilah mereka. Hanya tuhan yang tahu bila saya melihat isteri saya pernah bersalin biasa dan juga pembedahan. Hari ini secara pembedahan..Hanya syurga balasan buat wanita. Ulang-ulang saya bisik ditelinganya. Saya cemburu dengan sayang..Sayang macam bayi yang baru lahir.
Allah sayang dan ampunkan semua dosa.
Dengan pening kepala dosa diampunkan. Bagaimana bila urat uratnya yang putus. Sakitnya teramat, walaupun dengan melihat tak ramai orang boleh tahan sakitnya. Bagaimana diri yang menanggung.
Melihat lapisan perut yang dibuka dan dijahit..ya Allah sayangnya Allah pada wanita ini. Teramat besar pengorbananmu..
Hati saya gembira bila lihat doktor dan semua nurse melayan dengan sangat baik dan cemerlang. Tugas doktor dan nurse ini tugas yang sangat besar dan berat tetapi menarik rahmat ALLAH dan asbab masuk syurga Allah. Tapi bila ada seorang sahaja nurse melayan dengan kasar, sangat memilukan hati saya. Bukanlah inginkan layanan seperti raja. Cuma cukuplah jangan jadikan ibu baru lepas bersalin tempat melepaskan marah atau penat kamu. Berlemah lembutlah ....biarlah...saya maafkan kamu kerana Allah dan semoga Allah beri kamu hidayat dan jadikan kepiluan dan kesedihan hati saya ini sebagai asbab hidayah seluruh alam. Allah hantar kamu supaya saya lebih sayang isteri saya dan jatuh cinta lagi diwaktu malam ini.
Cuma wahai ayah sekalian, orang luar biarkanlah mereka. Tapi kita jaga ibu dan isteri kita dengan baik yer kerana Allah..Ibu syurga kita.Manakala tidak akan masuk syurga kita, jika hak isteri kita tidak ditunaikan.
Allah pasti sayang kita bila kita memberi khidmat pada mereka..
Airmata saya bercucuran masa tulis ini kerana masih teringat lapisan perut yang dibuka dan dijahit...
Saya tidak tahu betapa besarnya pahala orang yang melayan orang bersalin. Saidina Umar ra khalifah yang besar bawa isterinya ditengah malam untuk membantu seorang wanita bersalin yang jauh dari bandar. Umar ra sendiri memberi khidmat pada mereka..
Doa wanita yang lepas bersalin makbul kerana mereka telah melalui kesusahan dengan sabar. Mereka sangat lemah. Doa orang yang sakit, lemah, orang yang lepas buat kebaikan sangat makbul doanya. Mengandung dan bersalin satu kebaikan yang teramat besar.
Bagi semua suami, lihatlah isteri bersalin biasa atau pembedahan supaya kita belajar syukur dan bila hilang rasa tanggungjawab pergilah pegang atau lihatlah perut itu...ingatlah saat dan bagaimana di dalam perut itu mengeluarkan anak-anak kita. Terima kasih Allah.. terima kasih Wahai Nabi serta pesuruh Allah..Terima kasih wahai ibuku. Terima kasih isteriku.
Ya Allah jadikan kami anak soleh dan solehah. Ampunkan dosa ibubapa kami dan isteri kami ya Allah-ebit lew-keluargasunnah.com...