Search This Blog

CUTI TAHUN 2015 & TAKWIM SEKOLAH 2015

Bila cakap pasal cuti semua orang suke kan, termasuk lah aku ... Hehehe ... Tahun 2014 tak habis lagi dah gigih mencari dan mencari untuk 2015 punyer ... Cuti memang seronok, macam perancangan boleh dibuat ... Ada yang merancang nak berkahwin ... Ada yang merancang nak bertunang ... Ade juge yang merancang nak khatan kan anak2 mereka ... Hehehe ... Aku ler tu, dalam perancangan tahun depan, Insyaallah ... 

Kalender 2015

Perincian Cuti 2015

Lagi satu kalender & takwim nie sebenar nyer memudahkan aku nak agak2 bile bebudak nie nak periksa ... Biasa nyer peperiksaan akan diadakan sebelum cuti sekolah ... So, bila dah nak periksa kena ler kerahan skit kan .... Skit jer pun, tak de lah sampai dia orang tu stress plak ...

Takwim Persekolahan 2015




Saje aku buat entry nie supaya senang aku nak tengok nanti ...
Semoga bermanfaat untuk korang-korang semua ...

Sumber : SiNi & SiNi

CPUV Nuffnang #2 | Musee Platinum Tokyo





Kengkawan kalau terjumpa iklan nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku &Jom Bercontest jangan lupa klik-klik tau ...
Terima kasih #nuffnang ...Alhamdulillah ...

TAZKIRAH JUMAAT #21 : JAUHI MAKSIAT

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم


Maksiat dari segi bahasa bermakna derhaka dan maksiat dari segi istilah ialah perbuatan yang membawa dosa iaitu yang bertentangan dengan akidah, syariat dan ajaran Islam sama ada dengan melakukan larangan Allah dan Rasul-Nya, dengan kata lain melakukan yang haram dan meninggalkan yang wajib.  Perbuatan tersebut memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam akidah, syariat ataupun akhlak.

Jenis-jenis maksiat :
i. Maksiat kepada Allah dan Rasul iaitu meninggalkan perintahNya dan melakukan laranganNya.
ii. Maksiat terhadap makhluk iaitu maksiat terhadap manusia, maksiat terhadap haiwan dan alam sekitar, maksiat terhadap harta awam.


Baru-baru ini kita semua dikejutkan dengan berita pelajar tingkatan tiga hamil anak bangla ... Kes-kes seperti ini banyak berlaku sejak akhir-akhir ini, dah lama dah sebenar nyer ... Maksiat semakin berleluasa ... Dlm Slot Motivasi Pagi TV3 pagi tadi, Pakar Motivasi tu cakap "99 peratus remaja sekolah kita berzina" ... Allahuakbar .... Sampai macam tu sekali ... "Kajian yg dilakukan UKM katanya terhadap 887 pelajar tingkatan 3 ke tingkatan 5 mendapati 886 pelajar mengaku telah berzina ..." ... Teruk nyer lah ... Nauzubillah mintak dijauhkan perkara-perkara ini berlaku dalam keluarga aku dan orang-orang yang aku sayang ... 

Setiap hari plak kita akan bertemu berita pembuangan bayi yang baru dilahirkan. Di jumpai oleh orang ramai samaada di pintu masjid, di depan hospital atau di tepi-tepi jalan . Kita masih rasa bersyukur kerana bayi-bayi yang tidak berdosa ini yang dijumpai masih hidup dan boleh diselamatkan nyawanya dan dibesarkan sebagai insan biasa. Tetapi amat malang dan dukacita kita bertemu juga dengan berita-berita mayat bayi yang dibuang ditepi-tepi longkang dan ditempat pembuangan sampah yang dibunuh oleh 'ibu' yang berhati syaitan dan tidak berperi kemanusiaan. 

Aku nie kadang-kadang duk depan tv dengan anak -anak  tengok berita, naik mual, malu dan tak terkata bila anak-anak tanya "Ibu, rogol tu ape ?" "Nape baby tu kena buang ?" "Sumbang mahram tu ape ?" ... Macam-macam lagi lah  ... Bagi aku amat-amat mencabar untuk menerangkan secara ilmiah kepada anak-anak berusia 6 tahun, 8 tahun dan 11 tahun ... Tapi harus jugak aku terangkan agar mereka nie faham mende-mende tak elok tu harus dielakkan ...

Semua-semua nie berlaku mesti bersebab ... Faktor yang paling besar adalah kerana hukum-hukum Allah SWT tidak dilaksanakan dinegara kita. Aktiviti-aktivit hiburan dan maksiat digalakkan dan tidak ada inisiatif daripada pemerintah untuk mengambil tindakkan pro-aktif kepada dakwah dan tarbiah untuk menyedarkan  masyarakat seluruhnya. Akibatnya rakyat hanyut di bawa arus jahiliah , dibuai dengan keseronokkan dunia dan hawa nafsu dan tidak ada sedikit pun merasai takut kepada azab Allah SWT. Ibubapa pula terlalu sibuk bekerja kerana mencari pendapatan yang mencukupi untuk keluarga ... Dalam kehidupan yang mencabar nie kadang-kadang satu pekerjaan sahaja tidak mencukupi ... Ada yang terpaksa bekerja siang dan malam sehingga akhir nyer terlupa tanggung jawab yang paling utama ...

Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia ... Nauzubillah ... Jadikan cerita ini peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik... Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat untuk bekalan untuk bertemu-Nya ...

Wallahua'lam ...