Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #7 : UBAT HATI



Imam al-Ghazali ada memberi nasihat untuk membersih hati daripada penyakit yang memyebabkan seseorang itu merasa ria', bangga, ego dan sebagainya.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih tua hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka telah lama hidup dan telah banyak amalan yang mereka lakukan.

- Apabila kamu berjumpa dengan orang yang lebih muda atau kanak-kanak maka hendaklah kamu mengatakan bahawa mereka lebih baik daripada kamu kerana mereka baru sedikit melakukan dosa berbanding kamu yang lebih lama hidup dan lebih banyak dosa.


- Apabila kamu berjumpa dengan orang melakukan maksiat maka hendaklah kamu berkata bahawa mereka melakukan maksiat kerana jahil tentang dosa dan pahala sedangkan kamu melakukan maksiat sedangkan kamu mengetahuinya.


- Apabila kamu berjumpa ulama' atau orang alim maka kamu hendaklah mengatakan mereka lebih baik daripada kamu kerana mempunyai banyak ilmu sedangkan kamu kurang ilmu.


Abah Tak Sihat Lagi ...


Tempoh hari ada entry kan tentang kesihatan Abah ...

Abah Tak Larat ...
Kali kesihatan Abah terganggu lagi ... Akhir nyer Sabtu lepas atas desakan anak2 Abah ker Hospital juge akhir nyer ... Kali nie telah disahkan Abah mengalami Mild Stroke ... Tangan kanan dan kaki kanan kurang sensitif ... Alhamdulillah tidak terlalu teruk ... Abah perlu menjalani fisioterapi ...


Ada kengkawan yang pernah mengalami keadaan ini ? Ada panduan dan nasihat ? Ape2 je lah yang boleh dikongsikan di sini ... Doakan Abah cepat sembuh yerr ...


Suspek Kes Tembak Pegawai JAIP



Ini lah dia gambar suspek kes tembak Pegawai JAIP, allahyarham Ahmad Raffli Ab Malik, 49, di Kuantan, Ahad lalu ...

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifudin Ab Ghani, berkata lelaki berkenaan adalah suspek pertama yang masuk ke perkarangan rumah mangsa sebelum memberi salam.


 Hati2 yer kengkawan ... Yang ari tu dah kena tangkap ... 
Nie kes tembak baru plak ... Haisshh ... Takoottt ...