Search This Blog
Duit @ Nyawa ???
Kelmarin kita digemparkan dengan berita pelajar maut tersepit lif ... Peh tu dengar nyer family tu nak ambil tindakan undang-undang atas kecuaian kontraktor ... Memang patut pun sebab lif tak diselenggara dengan betul ...
Alasan kontraktor, penyelenggaraan tak dapat dijalankan mengikut jadual kerana ada penghuni tak bayar kos penyelenggaraan ... Cam ner plak nasib penghuni yang bayar ???
Hmmm, nampak nyer DUIT lebih penting dari NYAWA manusia ... DUIT adalah segala-galanyer ...
Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai ...
Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif.Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar.Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidak perlu terbakar marah hanya kerena gesekan kecil.
Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat makan burung. Waktu terus berputar sepanjang zaman. Kitaran kehidupan terus berlaku.Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerena siapa diri kita. Kita mungkin berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih banyak yang belum dikerjakan. Dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.
Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.
Believe in "Cause and Effect" Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai ...
Sumber :
Kak Long,
Ada2aje Yahoo Group
"Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersamaإن شاء الله(Peringatan buat diriku sahabat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah serta umat yang dirindui Rasullullah)