Search This Blog

Seniman S.Shamsuddin Meninggal Dunia ...

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ...

SHAH ALAM - Pelakon komedi Singapura seniman S.Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tekanan Darah Tinggi ...

Risau wehh ... Tekanan darah aku tak stabil ... Kejap tinggi ... Kejap normal ... Benda nih dikesan semenjak aku mengandung lagi, minggu2 terakhir tu ... So, masa tu aku n Dr. ingat coz x cukup tido ... Sampai kan aku kena check selang sehari ... Tapi masih berlarutan hingga sekarang ... Gigih ler aku menggoogle berkenaan ngan masalah aku nih ... Nanti saya kongsi kan eak ...

**********************

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

**********************

Haa itu jer maklumat buat entry kali nih ... Kita sambung entry lain lak ...

Majlis Berinai ...

Nie ler aktiviti bebudak pompuan bila dah boring ...

Layanzz kan je lah ...