Search This Blog

Lahat Datu 3

Genjatan Senjata Di Tolak Malaysia!!

Baru tadi Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengumumkan bersetuju untuk "Letak Senjata". Namun dikhabarkan pihak Keselamatan Malaysia telah menolak "genjatan senjata" tersebut kerana Malaysia bukan berada dalam situasi berperang dengan penceroboh dari Sulu. Pasukan Keselamatan kita hanya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," - Dalam tweet terbaru beliau!

Dalam pada itu, Berbagai pihak mendakwa bahawa gencatan senjata penceroboh tajaan Jamalulul Kiram III hanya helah dan tipu muslihat, kumpulan itu, untuk menyusun strategi menyerang balas pasukan keselamatan negara.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

Panggil Aku Kiah ...


Aku pinjam novel nih daripada adik aku ... Dah lama keluar dah novel nih, tahun lepas lagi, tapi aku x sure bulan berapa ... Kisah pasal perbezaan darjat menjadikan pegangan hidup manusia semakin rapuh ... Namun begitu tak ada manusia yang bebas dari kesilapan dan dosa ... Dari kesilapan, manusia boleh berubah  menjadi lebih baik. Insyaallah ...
"Hidup ini bagaikan roda, tak selamanya kita mendabik di atas ... "
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila Allah Sentuh Hati Dengan HidayahNya

 Untuk panduan/peringatan buat  diri sendiri ...
 
*************************
 
Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.

Allah, segala pujian hanya untukMu. Tidak puas memuji Dia. Syukur tidak terhingga. Alhamdulillah ya Allah. Andai aku antara orang yang telah dipilihNya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah. Pujian hanya untukNya lagi, Tuhan Yang Maha Hebat. Melihat insan-insan sekeliling yang telah diketuk hatinya dengan hidayahMu. Allah..Allah..Allah.. Andai dulu dia seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain. andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi gelisah jika terlewat melakukan solat. Andai dulu dia merempit, sekarang dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid.. Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayahNya.. Hanya dengan setitis hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza... *sebak*

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).

Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan. Carilah hidayah Allah itu..



Benar, hidayah itu milik Allah, namun sebagai hamba kita tidak boleh hanya dengan menunggu hidayah itu datang. Usaha mencari hidayah itu perlu dilakukan!

Bagi yang telah diberi pertunjuk olehNya untuk berubah, teruskan istiQomah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Pahit dalam perjalanan adalah lumrah kerana mahar untuk ke syurga bukannya murah, ia perlukan mujahadah! dan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah :) moga kita diberi tempat disana nanti, Ameen..

Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah sentiasa bersama :)

Insan sekeliling, ibubapa, saudara mara, sahabat handai.. Andai ada insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah sokongan. Jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan mereka. Andai hati anda masih belum disentuh, berdoalah, letakkan sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayahNya.

Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak, insyaAllah berubahlah sikit-sikit, dari sikit itulah ianya akan menjadi banyak. Mulalah dengan meninggalkan segala yang dilarang, melakukan segala yang dikehendaki, mendirikan solat lima waktu, bersedekah, membuat baik kepada yang muslim dan bukan muslim, menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan sering menghadiri majlis ilmu serta terus memohon doa kepada Allah agar diberikan hidayah, berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menepis segala hasutan syaitan dan godaannya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka "
QS 13:11

Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari hidayahNya, moga Allah merahmati kita semua, Ameen ya Rabb.

Wallahua'lam.