Search This Blog

JANGAN BEKUKAN/PANASKAN AIR TIN DI DALAM PETI AIS ...

Minta perhatian kepada kengkawan semua ... Jangan membekukan / memanaskan AIR TIN ...
Kejadian berlaku di daerah Jiading, Shanghai, seorang budak lelaki mengalami kecederaan yang dasyat apabila air tin yang dibekukannya meletup dengan kuat sejurus dibuka penutupnya. Ini menyebabkan pipi budak berkenaan, terkoyak dengan 31 jahitan manakala mukanya menerima 7 jahitan.
Memanaskan atau membekukan air berkarbonat, merupakan satu tindakan yang sangat merbahaya kerana menyebabkan Karbon Dioksida yang larut dalam soda berkenaan akan terlerai menyebabkan berlakunya satu tekanan yang tinggi di dalam air tin berkenaan.
P/S: Baca di luar air tin. Ada dinyatakan jangan dipanaskan atau dibekukan di bawah takat beku 0 ° c

Sumber :

Published with Blogger-droid v2.0.9

HARI ORIENTASI MURID2 TAHUN 1/2013

Kejadian berlaku pada 22/12/2012 ... Danial ada Ujian Diagnostik untuk memasuki Tahun 1 Sek. Keb. Gombak Setia ... Aku pulak ada taklimat ... "Danial, nanti buat elok2 tau" ... "Okay" ... "Dah sudah nanti, tunggu kat sini" ... Danial angguk jer ..  Selepas tu kami pun berpisah, aku menuju ke dewan, Danial plak menuju ke kelas ... Taklimat bermula agak lambat kerana masalah teknikal ... Dalam pukul 11pg tu aku nmpk cam bebudak nih dah selesai, sedangkan taklimat x habis lagi ... Dengan harapan Danial ingat ape aku pesan, aku pun meneruskan urusan aku tu ... Dalam setengah jam kemudian taklimat habis, aku pun menonong kuar risaukan Danial ... Aku tengok Danial xde kat tmpt kami berjanji ... "Haisshh, mana plak budak nih" ... Dua kali aku pusing sekolah cari Danial ... Dlm hati aku dah terdetik "Ntah2 dia balik umah kot" ... Aku pun balik ler, blom masuk pagar lg, aku dah dengar orang panggil ...  "Sah, memang dia balik sendiri" ... Apelagi, kena marah ler ngan aku ...

Published with Blogger-droid v2.0.9

WAJAH2 DI PADANG MAHSYAR ...

- Ditukar rupa  menjadi wajah kera. Mereka itu adalah manusia yang suka
mengumpat.
- Ditukar rupa menjadi wajah babi.  Mereka adalah kalangan mereka yang suka
memakan harta anak-anak  yatim.
- Dihalau dalam keadaan  terbalik, kakinya di atas dan kepala di bawah.
Mereka itu adalah  manusia yang suka memakan riba.
-  Dihalau dalam keadaan buta dan dituntun (diiring). Mereka adalah  daripada kalangan manusia yang curang dalam menerapkan hukum.
- Ditukar menjadi bisu dan tuli serta  tidak berakal. Mereka itu adalah
kalangan yang bangga dengan  amalannya sendiri.
-  Dihalau dalam keadaan mengoyak lidah sendiri, sedangkan lidah itu  terjulur hingga ke paras dada dan mulutnya pula keluar nanah  yang menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang mana ucapannya  berlainan dengan perbuatannya.
-  Dihalau dalam keadaan terpotong kedua-dua kaki dan tangan. Mereka itu  terdiri daripada yang suka mengganggu tetangga.
- Diiring ke Padang Mahsyar dalam keadaan tersalib pada  pokok kurma neraka. Mereka itu adalah kalangan mereka yang suka  berusaha mengajak orang ramai supaya membela pemerintah yang tidak jujur  kepemimpinannya.
-  Dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian yang panas. Mereka itu
adalah  manusia yang takbur, sombong dan  bongkak.
Daripada perbezaan  kumpulan itu, jelaslah bahawa walaupun ketika berada di dalam dunia  dalam keadaan normal, tiada cacat cela, tetap akan ditukar oleh Allah  mengikut amalan yang  dilakukan di dunia. Sebelum sampai hari pengadilan di Padang  Mahsyar yang maha luas itu.
Allah  telah berfirman dalam Surah Taha ayat 124-126 bermaksud: "Dan barang  siapa berpaling daripada peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya  penghidupan yang sempit dan kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat  dalam keadaan buta. Berkatalah ia: Ya Tuhanku, mengapakah Engkau  menghimpunkan aku dalam keadaan buta, pada hal aku dahulunya adalah  seorang yang melihat? Allah berfirman: "Demikianlah telah datang  kepadamu ayat-ayat Kami maka kau melupakannya dan  begitu pula pada hari ini kamu pun dilupakan."
Begitu juga dengan pengiringan dan penghalauan manusia  ke Padang Mahsyar, jangan sekali-kali menganggap ringan kerana  memikirkan perkara itu belum pernah berlaku. Bagaimanapun Allah telah  berfirman dalam al-Quran ia pasti berlaku. Firman itu bermaksud: "Dan  (ingatlah) akan hari (yang ketika itu)
Kami perjalankan  gunung-gunung dan kamu akan melihat bumi itu datar dan akan Kami  kumpulkan seluruh manusia dan tidak Kami tinggalkan seorang pun daripada  mereka."
Umat Islam  sekarang harus ingat bahawa kematian adalah wajib dan mesti tiba apabila  sampai waktunya. Setelah manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing,  maka semua manusia itu dihalau menuju ke Padang Mahsyar.
Keadaan mereka ketika itu berbeza-beza.  Ada yang berjalan kaki, berkenderaan dan ada juga yang berjalan  menggunakan mukanya. Pendek kata semua mengikut amal perbuatan ketika  hidup dulu.
Seperkara lagi  yang harus ditempuh oleh manusia di Padang Mahsyar ialah tidak akan  mendapat perlindungan. Matahari  terlalu hampir dengan ubun kepala. Maka tidak hairan ada yang berpeluh  kerana terlalu kepanasan sehingga terasa seperti terbakar itu hingga  sampai ke kaki, lutut, dada, leher mahupun sekadar bahagian muka saja.
Sewaktu dalam penantian persidangan itu,  kelihatanlah wajah  mereka yang tunduk cemas, kelihatan muram dan hitam kelam. Keadaan itu  samalah seperti kita melihat pesalah yang akan dibawa ke muka pengadilan. Takut  serta bimbang sentiasa bermain-main pada fikiran.
Bagaimana ketika di Padang Mahsyar tidak  siapa yang dapat melepaskan diri. Bukan itu saja, malah untuk mencari  pohon tempat berteduh juga tidak ada. Siapa saja akan tetap diadili dan  bergantunglah betapa taatnya dia dengan perintah Allah swt.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan  (ingatlah) hari (ketika) Kami kumpulkan daripada setiap umat segolongan  orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, iaitu mereka dibahagi-bahagi  (dalam kelompok-kelompok) ." – (surah An-Naml:83).

BERSAMA-SAMALAH KITA BERAMAL DAN BERDOA MOGA KITA  TIDAK TERGOLONG DALAM KALANGAN TERSEBUT.... ....

Published with Blogger-droid v2.0.9