Search This Blog

Tentang Cinta ...

Jangan menyalahkan cinta,
Cinta tidak pernah menyebabkan manusia sengsara,
Sengsara itu hadir kerana cinta disalahguna,
Disalahguna kerana tidak mengikut neraca & acuan Agama,
Agama didasarkan atas nama cinta kepada Allah & Rasul-Nya,
Rasul-Nya itulah penyebar cinta yang sempurna.

Bercintalah kerana Allah & Rasul-Nya untuk siapa & apa sahaja kerana itulah sebenar² perasaan cinta. Cinta yang suci & bahagia ツ".

Ya Allah...Yang telah menyatukanku dengan suami ku dengan ikatan yang sah,peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu ... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan.

Ameenn ...

iluvislam.com

Published with Blogger-droid v2.0.6

Hikmah Terbaekkk ...

Panas tak sentiasa ke petang. Ada tikanya mendung berarak datang. Namun, mendung juga tak selalunya hujan dan jika benar hujan turun, takkan selamanya air menyirami bumi kerana hari yang cerah pasti tiba jua! Begitulah hidup kita. Gembira tak sepanjang masa kerana ujian pasti tiba. Namun ujian bukan tanda derita kerana di penghujung ujian tersebut, pasti ada hikmah yg terbaik drpd-Nya....

- Suzana Ghazali.  

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sifat Tercela ...

Allahumma jannibna min amrodhil Qulub...


ANTARA SIFAT TERCELA....atau sifat-sifat Mazmumah


1) SYARHUL THAA'AM ; ertinya gemar kepada makan atau makan terlalu banyak.


2) SYARHUL KALAM ; ertinya gemar kepada bercakap yang sia-sia, percakapan yang tidak berfaedah kepada dunia dan akhiratnya.


3) GHA'DHAB ; ertinya bersifat dengan sifat pemarah dan cepat melenting walaupun kesilapan berlaku pada perkara yang kecil.


4) BUKHL ; ertinya bakhil atau kedekut dan merasa sayang untuk membelanjakan hartanya pada jalan Allah.


5) HASAD ; ertinya dengki akan ni'mat yang ada pada orang lain serta suka jika orang itu mendapat kesusahan, melebihi dari dirinya.


6) HUBBUL JAH ; ertinya cintakan kepada kemegahan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.


7) HUBBUN DUNYA ; ertinya cintakan dunia secara keterlaluan sehingga lalai dari beribadat serta berzikir kepada Allah Swt.


8) KIBR ; ertinya bongkak atau sombong, dan merasakan dirinya mempunyai kelebihan dan kedudukan yang tinggi dari orang lain.


9) UJUB ; ertinya merasakan dirinya telah banyak beribadat atau telah banyak harta sehingga ia terlupa segalanya, adalah ni'mat dari Allah.


10) RIA' ; ertinya menunjuk-nunjuk dengan amal ibadatnya, beramal untuk mendapat pujian dan sanjungan untuk dipandang mulia oleh manusia bukan kerana Allah.


Sumber :

FB; Emy Abd Manap


Published with Blogger-droid v2.0.4