Search This Blog

Sehari selepas kejadian ...

Pokok tumbang telah dialihkan ketepi ... Cuma masih belum dibersihkan ... Rase nyer pihak sekolah n Majlis Perbandaran perlu mengambil satu tindakan segera, bagi mengelak kejadian berulang n nyawa terkorban ... Pada pemerhatian aku ler pokok2 di sekitar sekolah nih sudah agak berusia n berisiko untuk tumbang ... Perlu dicantas @ ditebang terus ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Pokok tumbang ...

Gombak Setia sekali lagi dilanda ribut ... Kejadian berlaku Rabu lepas ... Waktu hujan lebat ... Guruh, kilat dan petir berganti-ganti ... Masa tu dah 6.35 petang, aku kena gie amek Luqman ... Walaupun takut, gagahkan diri juga, berbekalkan sekaki payung, aku redah jer hujan ribut tu ... Pakai payung tak dpt menyelamatkan ape2 ... Habis basah head to toe ... Sampai sekolah "mana lak si Luqman nih ... ???" ... Rupenyer, dia berlindung balik dinding, ketakutan ... Sian dia ... Aku ngan Luqman berlindung sementara menunggu hujan reda, ... dah menggigil dah dua2, sejuk ... tiba2 dtg angin yg sgt kuat (bg aku ler), rasa nak terbang jer, dlm hati Tuhan jer yg tahu ... Keadaan agak berbahaya, kut2 ada kaca pecah melayang ditiup angin, aku bwk Luqman berlindung balik tangga bangunan ... Kejadian ribut tu kejap jer, bila angin dah agak reda "Luqman, jomm ... " Sekerat jalan jumpa abah ... "Aitt, apesal ... ?" ... "Pokok depan rumah tu tumbang beberapa minit lepas Hani kuar " kate Abah ... Ya Allah, sebaik ... Syukur Alhamdulillah ... Pokok tu tumbang dan menghalang laluan, menimpa sebuah kereta yg parkir kat situ(amek anak kut) ... Sebaik masa kejadian takde org kat dalam ... Kereta tak teruk sangat, coz ada pagar sekolah n wayar letrik ...  Syukur Alhamdulillah tak de nyawa yang terkorban ...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sape Kuat ...



Besi itu kuat, tetapi api mampu

mencairkannya.

Api itu kuat, tetapi air mampu memadamnya.

Air itu kuat, tetapi awan mampu menyejatnya.

Awan itu kuat, tetapi angin mampu membawanya.

Angin itu kuat, tetapi bukit mampu

menghalangnya.

Bukit itu kuat, tetapi manusia mampu

menghancurkannya.

Manusia itu kuat, tetapi nafsu mampu

menundukkannya...

Nafsu itu kuat, tetapi iman mampu mengatasinya...~


Published with Blogger-droid v2.0.4