Al-fatihah buat Adik Faris.Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak ini, InsyaAllah...n kepada ayah dan ibu serta keluarga, memang tak tertanggung pedih rasa di hati. Saya mendoakan semoga tabah dan redha dalam menghadapi ujian ini. Setelah 23hari berjuang dan bertarung nyawa akhirnya dia kembali pd Yang Maha Esa.
Dimaklumkan juga melalui Bersama Mazidul bahawa wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital. Jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua yang sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.