Search This Blog

Innalillahiwainnaillahirojiun....

Al-fatihah buat Adik Faris.Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak ini, InsyaAllah...n kepada ayah dan ibu serta keluarga, memang tak tertanggung pedih rasa di hati. Saya mendoakan semoga tabah dan redha dalam menghadapi ujian ini. Setelah 23hari berjuang dan bertarung nyawa akhirnya dia kembali pd Yang Maha Esa.




Dimaklumkan juga melalui Bersama Mazidul bahawa wang sumbangan telah mencukupi untuk menjelaskan bil hospital.  Jutaan terima kasih kepada setiap pembaca blog ini dan semua yang sudi menyumbang, membantu membiayai kos rawatan arwah sewaktu dirawat selama 23 hari.

Kisah sebelum nyer :

Mari Bersama Membantu Adik Faris ...

Dua tiga hari lepas ... Aku tengah berblogwalking ... 
Terjumpa lah kisah sedih nie ...
Walaupun aku masih mencari kisah awal Adik Faris ... 
Tapi aku nak kongsi ngan kawan2 kisah Adik Faris ... 
Semoga dengan sedikit usaha ini dapat membantu keluarga adik Faris ...

Difahamkan Adik Faris dimasukkan ke Sime Darby Medical Center Subang Jaya (Subang Jaya Medical Center) sejak 1 Februari yang lalu kerana terkena sawan dan memberi kesan kepada otak ... Setelah beberapa hari Dr. melaporkan Adik Faris dijangkiti penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis, HLH. Ringkasnya, barah darah.


Mungkinkah Adik Faris mampu tersenyum kembali ... ???


Comel ...

Kepada pembaca bermurah hati, saya dengan rendah hati memohon bantuan semua untuk membantu Faris. Salurkan sumbangan ke akaun Maybank 1628-5200-2738 atau  1140-1115-2218 (Shamrulismawi Ismail). 


Akaun Facebook Ibu & Ayah Adik Faris :
Zuraine Mohamad
Shamrulismawi Abah BlackPearl

Saya percaya, jika kita membantu mereka memerlukan, Allah sentiasa pemurah kepada kita.
Ya Allah, izinkanlah Faris untuk terus hidup seperti anak-anak kami di muka bumi ini.
Di atas sumbangan ikhlas semua pembaca, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Jujur Aku Dayus ...


SINOPSIS JUJUR AKU DAYUS (TV3)

Jujur Aku Dayus mengisahkan pasangan suami isteri, Edree dan Lisa yang hidup bahagia selepas perkahwinan yang berusia lebih setahun. Sebagai seorang pegawai berprofil tinggi, Edree memikul tanggungjawab besar di dalam syarikat.  Suatu hari, dia ditugaskan untuk ke luar negara dan selepas lapan tahun ketika dalam perjalanan pulang ke rumah untuk melepaskan rindu kepada isteri tercinta, Edree ditimpa kemalangan menyebabkan dia koma.


********

Rase nyer hampir semua dah tau pasal cite nih ... Aku tak tengok pun ari tu ... Coz ari tu aku tak de kat rumah ... Hehehe ... Semalam aku try download ... Tapi masyaAllah, laju berdesup sangat kan Mohd Basyir ... Daripada kenyang sampai lapar jadi nyer ... Dari lepas zohor sampai ler nak masuk asar ... Tak jugak sudah2 ... So, aku kensel ler ... Tak berasap lak dapur aku kang, marah ler pulak BIGBOSS n anak2 nanti  ... So tadi aku dapat satu link untuk tengok online ... Ape lagi ... Selesai menunaikan yang wajib, aku pun start ler menonton ... Sob ... Sob ... Tisu ... Tisu ... Comel Nora Danish ... Beto : lakonan yg berkesan ...

Bagus cite nih ... Jalan cite nyer ler ... Membuatkan aku ternanti2 nape Si Edree tu jadi cam tu  ... Memula tu macam terkutuk jugak(tak leh cite, nnt tak saspen korang nak tgk)  ... Hmmm ... Korang layanzzz ler sendiri ...